Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Sanggup Beratur Panjang! Popia Kak Lily Terkenal Sejak 1997

by Khai Azfar
April 24, 2020
105
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat mereka yang tinggal di sekitar Taping, Perak terutama di kawasan sekitar kamunting, pasti akan mengenali Popia Kak Lily yang sentiasa dijual di gerai miliknya setiap petang.

Malah orang ramai sanggup beratur panjang hanya untuk membeli aneka kuih muih tradisional termasuk Popia Basah yang menjadi kegemaran ramai hasil air tangan Kak Lily atau nama sebenarnya Norhalili Ramli, 57 setiap kali tibanya Ramadan.

Bermula Sejak Tahun 1997 

Menariknya mengenai juadah yang disediakan disini, bukan sahaja penduduk sekitar Kamunting malah ada pelanggan dari Sabah dan Sarawak juga sanggup datang ke sini.

Bermula sejak tahun 1997, Lily ketika dihubungi Murai.my berkata segalanya bermula dengan keinginannya yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan sama seperti orang lain.

Lokasi awal gerai milik Kak Lily

Bermula dengan dengan hanya dua bekas kecil dan berniaga di bawah payung, Lily nekad untuk terus berjaya. Kongsinya, pada ketika itu dia berjaya mendapat RM35 sehari dan mula sertai bazar Ramadan pada tahun seterusnya.

“Saya mula berniaga sekitar September 1997. Ketika itu, saya hanya berniaga popia dalam dua bekas kecil dan berniaga di bawah payung kecil.

Tahun seterusnya saya mula berniaga di bazar dan pada ketika itu, kebetulan ada seorang peniaga yang kebetulan menjual hampir sama juadah dengan saya dan jauh lebih popular kerana hampir setiap hari orang akan beratur panjang untuk mendapatkannya.

Ketika itu saya dah nekad ‘aku mesti nak jadi macam dia’ dan saya mula mencuba dan mengkaji resipi saya daripada buku-buku resipi dan hasil tunjuk ajar orang ramai”

Perjalanan Lily ketika itu bagaimanapun bukanlah mudah seperti yang disangka, malah menurutnya pernah melalui saat-saat sukar seperti kuih yang dijualnya pernah tidak mendapat perhatian dan tidaklah seenak seperti yang orang ramai nikmati sekarang.Dedahnya lagi, dia berasa sebak mengenangkan kembali saat pahit getir ketika mahu memulakan perniagaan.

“Tak dinafikan pada awal-awal dahulu memang saya terpaksa bersusah payah. Bayangkan ketika bulan Ramadan, saya akan membawa kuih-kuih seperti Tepung Talam ke Bazar Ramadan dengan menaiki basikal sahaja. Ketika itu, saya akan susun kesemua bekas kuih sebanyak 4 lapis di atas tempat duduk belakang basikal yang diikat kemas dengan tali yang mana turut dibantu oleh suami dan anak-anak.

Malah selepas 2 bulan beroperasi, saya menerima komen daripada seorang pelanggan yang memberitahu kuih saya tidak sempurna seperti yang biasa dilihat olehnya. Pada ketika itu, saya mohon maaf padanya dan akui saya baru sahaja belajar cara membuatnya”

Biarpun begitu, seiapa sangka selepas 23 tahun berada dalam industri perniagaan kuih muih Tradisional Lily mendapat tempahan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai.

Kuih ‘Licin’ Dalam Masa Setengah Jam 

Bermula dengan Popia Basah yang menjadi kegemaran orang ramai sehinggalah kini tersedia dengan pelbagai jenis kuih seperti Seri Muka Pandan, Seri Muka Gula Merah,aneka jenis Tepung Talam Jagung, Keladi, Suji dan Kaswi.

Dedahnya lagi, setiap kali bulan Ramadan dia akan menggandakan penghasilan kuih muih tersebut sehingga 50 talam besar.

“Selalunya, kalau hari biasa saya akan buat dalam 23 talam besar kuih tetapi kalau dalam bulan puasa, penghasilan kuih-kuih ini akan berganda dan mampu menceah hingga 50 talam besar kuih.

Alhamdulillah, kuih-kuih saya sudah ada pelanggan setia sejak dahulu lagi.Pernah suatu ketika, saya terlewat ke bazar Ramadan untuk berniaga dan hanya tiba pada jam 6.15 petang. Siapa sangka, rezeki saya setengah jam kemudian kesemua kuih saya sudah habis dijual”

Dengan perkembangan terbaru COVID-19 ketika ini, Lily memaklumkan dua cawangannya yang terletak berhampiran Stesen Bas Kamunting dan Taman Jana Setia buat ketika ini terpaksa ditutup. Namun, dia masih menjalankan perniagan di rumah dan menerima tempahan secara atas talian (COD).

“Kedua-dua kedai saya terpaksa ditutup sejurus seruan kerajaan mengenai PKP. Tetapi untuk yang merindui kuih-muih saya, perniagaan secara atas talian akan dibuka dan boleh hubungi saya 0175075640 untuk tempahan”

Dikhabarkan Popia Kak Lily turut menjadi kegemaran bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan YMM Che Puan Besar Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun sebelum ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
PopiaPopia Kak Lily
Share102Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Ralph's Coffee
Selera

Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

by Nurul A.
July 18, 2026

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang melambangkan refleksi, kesyukuran dan kebersamaan, Ralph’s Coffee mempersembahkan kotak hadiah kek bulan edisi khas...

Read moreDetails
Foto - Secret Recipe
Selera

Detik Matcha Anda Bermula di Secret Recipe

by Nurul A.
June 17, 2026

Bersandarkan kecintaan yang semakin meningkat terhadap matcha ini, Secret Recipe menjadi tumpuan utama dengan Siri Matcha yang menarik. Ia menandakan...

Read moreDetails
remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
Foto - Ashhryshoshedap
Selera

Konsep Mediterranean Santorini, Ashhryshoshedap Kini Di R&F Johor Bahru

by Nurul A.
July 24, 2026

Selepas hampir lima tahun membina jenama dalam industri makanan dan minuman, pempengaruh serta usahawan, Ashhry Atan, terus mengorak langkah apabila...

Read moreDetails
Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
LifeXplore

Demam Mala Sampai Genting! 5 Menu Pedas Padu Ini Buat Ramai Terliur

by Phic ARMAN
June 25, 2026

Kalau anda peminat tegar mala, ada satu sebab baharu untuk naik ke Genting Highlands. Resorts World Genting (RWG) kini tampil...

Read moreDetails
Foto - Sunshine Bakeries
Selera

Sunshine Bakeries Perkenal Siri Dorayaki Baharu Dengan Inti Durian Musang King

by Nurul A.
July 4, 2026

Lembut, gebu dan digemari oleh pelbagai generasi, Dorayaki telah lama menjadi antara snek paling ikonik dari Jepun dan kini Sunshine...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara