Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai masalah penyimpanan santan kotak. Masalah mula timbul apabila santan yang dibuka, selalunya akan mula basi selepas 2 hari penyimpanan.

Menurut halaman Alaf 21, ada beberapa cara untuk elakkan santan kotak dari terus rosak, basi dan boleh tahan lebih lama.

IKLAN

Pemilihan Saiz Santan Kotak Yang Sesuai

via Mama Jue

Pelbagai jenis saiz santan kotak yang terdapat di pasaran sekarang ini. Ada yang bersaiz 200ml, 500ml, 1 liter serta terdapat jugak yang berbentuk serbuk.

Kebanyakkan pembeli lebih gemar membeli yang bersaiz 200ml dalam kuantiti yang banyak kerana saiz ini dikatakan ideal untuk satu sajian tanpa perlu menyimpan lebihan santan.

Gunakan Plastik Aiskrim

via Vanilla Kismis

Untuk anda yang membeli santan yang bersaiz 1 liter, gunakan plastik aiskrim sebagai cara menyimpan santan kotak untuk tahan lebih lama.

Alaf 21 menyatakan masukkan santan kotak di dalam plastik aiskrim mengikut sukatan masakan anda dan ikat dengan kemas untuk elakkan santan terkeluar sendiri.

Elakkan Bercampur Dengan Air

via Colourfull Plate

Mungkin untuk menampakkan lebih banyak kuantiti santan kotak, ada sesetengah pengguna mencampurkan santan kotak bersama dengan air.

Sebaiknya elakkan bercampur dengan air dan mengekalkan kepekatan asal santan ketika meletakkan di dalam plastik aiskrim. Campurkan dengan air ketika anda ingin memasak sahaja.

 Labelkan Plastik Askrim Untuk Elak Kekeliruan

via Keluarga

Disarankan untuk anda meletakkan label tarikh luput santan di luar plastik askrim. Hanya menggunakan pen penanda, tindakan ini akan membantu dalam mengetahui tarikh luput santan kotak.

Disamping itu juga, perkara ini akan mengelakkan anak anda dari terkeliru dengan mengangapnya sebagai askrim Malaysia.

Jangan Letakkan Di Freezer

via Verylly

Menurut halaman Alaf 21, setelah semua santan diikat kemas menggunakan plastik aiskrim, letakkan santan kotak ini di dalam peti di bahagian bawah. Elakkan meletakkan santan kotak ini di dalam freezer, kerana ini akan menjejaskan bentuk dan tesktur santan tersebut.

Jadi tiada masalah lagi untuk anda yang tersilap beli saiz santan kotak. Dengan mengamalkan cara penyimpanan yang betul, santan kotak ini mampu bertahan lebih dari 3 hari.