Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Islamik

P. Pinang Umum Umat Islam Boleh Tunaikan Solat Aidilfitri Di Rumah

by Khai Azfar
April 27, 2020
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menerusi kenyataannya memberitahu umat Islam di negeri itu boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Hari Raya kelak di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Boleh Dilakukan Tanpa Atau Dengan Khutbah 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri berkata solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.

“Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.

“Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada COVID-19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian,” katanya menerusi laporan BERNAMA

Hanya Imam, Bilal & Siak Boleh Takbir Di Masjid & Surau 

Katanya lagi bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).

Wan Salim berkata takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman. Biarpun begitu, tegasnya takbir pada malam raya dari rumah ke rumah yang menjadi kebiasaan sebelum ini adalah tidak dibenarkan kerana mahu mengekang penularan wabak COVID-19.

“Namun Kami menggalakkan setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing sehingga sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan,” katanya.

Bagi pesakit dan petugas di hospital pula katanya mereka dibenar melaksanakan solat sunat Aidilfitri mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
solat aidilfitrisolat aidilfitri 2020
https://lomp.at/p9ynu
Share18Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem