Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Jom Kenali Rempah Ratus Dan Kegunaanya Dalam Masakan

by Aphit J.
May 7, 2020
via Charismatic Planet

via Charismatic Planet

1.9k
KONGSIAN
Share on Facebook

Masakan di Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian jenis menu. Kepelbagaian ini terhasil daripada penggunaan bahan masakan yang berbeza seterusnya menjadikan masakan Malaysia sedap dan unik.

Salah satu bahan utama dalam masakan Malaysia adalah rempah ratus. Rempah ratus inilah yang memberikan aroma menarik kepada masakan seharian kita. Jom kita mengenali jenis rempah ratus dan kegunaanya dalam masakan.

Kayu Manis (Cinnamon)

via Oh My Media

Kayu manis digunakan sebagai bahan penumis untuk masakan seperti kari, rendang, masak kicap, sup dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kayu manis juga turut digunakan untuk membuat nasi minyak, nasi ayam, nasi tomato dan beberapa pilihan nasi yang lain.

Ketumbar (Corriander)

via Dhania

Ketumbar adalah salah satu jenis rempah yang banyak digunakan sebagai penyedap makanan. Ketumbar boleh dikatakan digunakan dalam setiap masakan dan kegunaanya meliputi seluruh ketumbar itu sendiri.

Akar dan batang selalunya digunakan di dalam rebusan sup untuk menwangikan sup. Batang dan daun ketumbar digunakan dalam semua jenis masakan dengan meletakkan hirisan daun ini dalam masakan akan menjadikan masakan anda lebih harum.

Manakala biji ketumbar digunakan sebagai bahan penumis dalam masakan kari dan sebagainya.

Buah Pelaga (Cardamon)

via Adobe Stock

Pelaga adalah salah satu rempah yang termahal di dunia dan digelar sebagai ‘ratu’ segala rempah. Buah pelaga yang dikeringkan digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan pelbagai masakan lain.

Buah pelaga boleh dicampur ke dalam minuman kopi, teh, kuih-muih dan kek. Ia boleh ditumbuk hingga nampak kesan lebam dan digoreng sebelum meletakkan bahan utama masakan ke dalam kuali.

Bunga Cengkih (Clove)

via Hello Sihat

Bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat, dan manis yang hampir-hampir pedas atau ‘berangin’. Bunga cengkih digunakan dalam pelbagai jenis masakan nasi seperti nasi beriyani dan bunga cengkih yang dikisar selalunya digunakan dalam membuat kek.

Rasa bunga cengkih yang kuat dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan, oleh itu penggunaan yang sedikit amatlah digalakkan.

Jintan Manis (Fennel)

via Exporters India
Jintan manis adalah rempah yang mengeluarkan aroma dan mempunyai rasa manis. Ia berwarna koko atau hijau ketika muda dan bertukar menjadi kelabu setelah matang.
Dalam masakan Melayu, ia sering digunakan bersama jintan putih dan dianggap rempah terbaik untuk masakan ikan. Selain itu, ia juga digunakan untuk menambah rasa ke dalam roti, gula-gula dan kek.

Jintan Putih (Cumin)

via Harkishan

Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak.  Ia digunakan dalam masakan berbentuk stew, kari dan ramuan panggang terutamanya masakan kambing dan ayam.

Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam masakan anda.

Bunga Lawang (Star Anise)

via MSN
Bunga lawang adalah salah satu daripada 5 bahan dalam rempah Cina. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan masakan yang memerlukan renehan yang agak lama.
Bunga lawang juga dikisar untuk digunakan dalam masakan salai, kari dan boleh dijadikan sebagai minuman teh. Dalam masakan, bunga lawang sering dikatakan kembar kepada kulit kayu manis.

Lada Hitam (Black Paper)

via Spice Jungle
Lada hitam mempunyai aroma tajam dan menusuk, serta mempunyai rasa pedas berempah. Lada hitam elok dikisar dan ditabur terus ke atas makanan.
Untuk masakan pedas, ia bagus dicampurkan di penghujung masakan supaya aroma masakan tersebut dikekalkan. Lada hitam digunakan dalam masakan seperti bihun Singapura, sup, spagethi, laksam dan dijadikan sebagai sos lada hitam.

Biji Sawi (Mustard Seeds)

via Anthony

Biji sawi ialah biji kecil dari tumbuhan sawi. Biji sawi berperisa pedas dan berempah serta biji sawi hitam mempunyai rasa yang tajam dan kuat, manakala yang berwarna kuning dan putih pula kurang berperisa.

Ia digunakan untuk membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Biji sawi juga digunakan dalam membuat acar atau merebus sayuran seperti kubis.

Di sini dapat dilihat Malaysia mengutamakan rempah ratus untuk menjadikan makanan bertambah menarik, wangi dan sedap. Penggunakan rempah ratus ini bukan sahaja membantu dalam masakan, malah ia memberikan kesan yang baik kepada kesihatan.
jenis rempahmasakan berempahrempah di Malaysiarempah malaysiarempah masakanrempah ratus
https://lomp.at/36lea
Share775Tweet470SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem