Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai keunikan. Daripada budaya, makanan sehinggalah bentuk muka bumi, keunikan Malaysia tidak dapat disangkal lagi.

Hal ini menyebabkan beberapa pengarah terkenal memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi pengambaran filem mereka. Berikut adalah beberapa senarai filem yang pernah dibuat pengambaran di Malaysia.

1Blackhat (2015)

via Oh Media

Pemegang watak Thor dari siri filem Avengers, Chris Hemsworth adalah teraju utama filem ini. Penggambaran mengambil tempat di banyak lokasi antaranya Los Angeles, Hong Kong, Jakarta dan Kuala Lumpur.

Menurut Wikipedia, penggambaran di Malaysia telah mengambil masa selama 5 minggu melibatkan lokasi-lokasi seperti Kuala Lumpur, Port Klang, Pulau Pangkor, Manjung, Lumut, Marina Island dan Putrajaya.

2Don (2006)

via Bollywood Arena

Filem Bollywood lakonan Datuk Shah Rukh Khan (SRK) ini telah diarahkan oleh Farhan Akhtar. Menariknya dalam filem ini SRK memegang dua watak yang berbeza. Selain Arjun Rampal, Priyanka Chopra juga turut berlakon.

Hampir 80% penggambaran filem ini dilakukan di Malaysia, antaranya di Menara Berkembar Petronas dan Jalan Masjid India.

IKLAN

3Police Story 3 (1992)

via Media Life Crisis

Police Story 3 adalah sebuah filem Hong Kong lakonan Datuk Jackie Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh.Anda tentu masih ingat babak di mana Jackie Chan tergantung dengan tangga bertali dari helikopter dan kemudiannya terbang mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur bukan? Kebanyakkan lokasi pengambaran berlaku di Hong Kong, Shanghai dan Kuala Lumpur.

4Anna and the King (1999)

via Amazon

Merupakan filem adaptasi dari novel Anna and the King of Siam. Filem ini berkisarkan Anna Leonowens lakonan Jodie Foster yang ditugaskan menjadi guru kepada anak-anak raja Mongkut lakonan Chow Yun-fat.

Anda yang pernah menonton filem ini pastinya akan ingat penampilan pelakon-pelakon dari Malaysia seperti Afdlin Shauki, Deanna Yusoff dan Sean Ghazi. Penggambaran filem ini telah dilakukan di Pulau Pinang, Ipoh dan Langkawi.

5The Viral Factor (2012)

via Amazon

Filem aksi dari Hong Kong ini diarahkan oleh Dante Lam dan teraju utamanya ialah Jay Chou dan Nicholas Tse. Dengan bajet mencecah HK$200 juta (RM114 juta), hampuir 80% filem ini menjalani penggambaran di Malaysia.

Antara lokasi pengambaran menjadi pilihan ialah International Medical University di Bukit Jalil dan Jalan Raja Chulan. Aksi hebat kejar mengejar filem ini turut berlaku di pusat beli-belah Pavillion.

Dapat dilihat, Malaysia juga turut menjadi pilihan beberapa pengarah hebat untuk lokasi pengambaran mereka. Mungkin, ini masanya untuk anda melihat kembali filem ini dan membandingkan keadaan di dalam filem dan realiti sebenar.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry