Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ustaz Abu Syafiq Kongsi Prinsip & Cara Yang ‘Betul’ Hulurkan Sumbangan

by Zaidin Albert
April 28, 2020
156
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap orang ada cara tersendiri dalam menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Ada yang berkongsi kegiatan membuat kebajikan atau menderma di media sosial masing-masing. Namun ada yang memilih untuk merahsiakan segala kerja amal kepada umum.

Baru-baru ini, isu para menderma berkongsi di media sosial terhadap aktiviti menderma hangat diperkatakan di kalangan netizen.  Ada yang bersetuju supaya menjadi ikutan malah ada yang menganggap ia seperti riak dan menunjuk-nunjuk.

Hal ini turut mendapat perhatian seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq. Ustaz kontroversi ini pernah menegur sesetengah pihak yang meletak gambar dan video orang miskin di media sosial ketika menderma sehingga membuka aib.

Ramai yang beranggapan status ini ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, tapi sejauh mana kesahihannya masih belum pasti kerana dia tidak menyebut nama mana-mana pihak.

Menurut Ustaz Abu Syafiq, ada cara yang betul dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa membuka aib sesiapa. Hal ini telah dikongsikan oleh beliau menerusi posting yang terbaru di Instagram peribadinya baru-baru ini.

“Ok! Team kami akan bergerak kelak untuk Projek Sedekah Ramadhan Pecah Kamera. Prinsip kami tidak tangkap gambar ketika menyumbang pada fakir miskin. Tetapi tanda tangan serah barang dan jumlah. Tunjuk Cara Betul Tidak Aibkan Sesiapa.”

Itu cara Ustaz Abu Syafiq yang telah menjadi prinsip dirinya. Lain orang lain caranya, itu sudah menjadi hak masing-masing.

Memang benar, adakalanya bila kita menunjuk-nunjuk kemewahan dan kelebihan di media sosial, kita tidak tahu mungkin ada dalam rakan-rakan kita yang mempunyai sikap dengki atau iri hati.

Sebaliknya jika kita melihat pada kebaikan dari sudut berfikiran positif, maka aktiviti menderma yang ditunjukkan menerusi perkongsian di media sosial boleh menjadi ikutan dan inspirasi kepada semua. Renung-renungkan lah!

[VIDEO] Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah & Mak Engku, Netizen Sebak!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ebit LewUstaz Abu SyafiqUstaz Ebit Lew
https://lomp.at/ykh8l
Share65Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem