Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Salah Guna Lambang Diraja Johor, Tunku Idris Mahu Penjelasan Dari Wak Doyok

by Phic ARMAN
April 28, 2020
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa menjadi kesalahan menggunakan lambang diraja sesebuah negeri dengan tujuan peribadi. Ini termasuklah gelaran dan anugerah kurniaan Sultan Johor di mana hanya boleh digunakan dengan kelulusan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Diraja Johor.

Hal ini mendapat perhatian oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar. Baru-baru ini  baginda telah mendedahkan kesalahan sebuah akaun Instagram yang merupakan pemilik perniagaan jam tangan dan barang kemas. Pemilik akaun bernama Caroz Wooden tersebut didakwa telah menghasilkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang diraja Johor.

Jika dilihat pada kapsyen gambar tersebut, cincin silver itu ditempah oleh usahawan dan pelakon popular Wak Doyok.

Di ruangan komen juga terlihat Wak Doyok meninggalkan komen emoji tanda terima kasih. Walaupun gambar ini dimuatnaik pada beberapa tahun yang lepas, namun baginda mahu penjelasan lebih lanjut dari Wak Doyok kerana menyalahgunakan lambang dan logo kerajaan negeri itu.

Menurut baginda, hal ini dianggap tindakan pelanggaran undang-undang dan pesalah boleh dijatuhi hukuman.

“Wak Doyok, boleh jelaskan hal ini? Ini telah melanggar undang-undang. Semoga Berjaya @carozofficial.

Menurut Mstar, mereka yang didapati menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah kurniaan Sultan Johor boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Caroz WoodenLambang diraja Johorsultan johortunku idriswak doyokWak Doyok Tunku Idris
Share49Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara