Adik Taylor Swift, Austin Swift tampil berbeza dalam filem komedi terbarunya yang berjudul Braking for Whales. Dalam trailer filem yang juga dibintangi Tom Felton, salah seorang pelakon Harry Potter, Austin dilihat menggemukkan badannya dan menumbuhkan janggut.

Tom Felton, yang memegang watak sebagai Brandon dan Austin Swift untuk watak JT, terlihat melakukan adegan intim iaitu ciuman bibir di sebuah bar.

Filem ini mengisahkan perjalanan Brandon seorang lelaki homoseksual yang menyembunyikan identiti seksualnya dari orang sekeliling.

Dia selalu menolak perasaan tertarik kepada rakan-rakannya dan berteriak bahawa dia tidak gay.

IKLAN

“Saya bukan gay, saya tidak akan mengulanginya lagi, saya tidak gay,” teriak Brandon pada trailer Braking for Whales.

Sementara JT, lelaki gay yang bertarung dengan masa lampau dan hidup dalam kesedihan setiap hari.

Kedua-duanya menjalani kehidupan dengan penderitaan yang hampir sama. Pengarah Sean McEwen mendedahkan bahawa adegan klimaks dalam filem berlaku ketika kedua-dua watak memikirkan secara mendalam tentang diri dan akhirnya mendapat jawapan dari misteri kehidupan mereka.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry