Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Bahiyya Haneesa Curi Perhatian Dengan ‘Mash-Up’ Lagu Raihan

by Khai Azfar
April 29, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Suara merdu dan harmoni yang dimiliki oleh kumpulan penyanyi wanita ini, Bahiyya Haneesa sekali lagi mencuri perhatian warga net apabila tampila dengan single terbaharu bersempena dengan bulan Ramadan yang Mulia ini.

Tampil Dengan Gabungan Dua Lagu 

Meski diuji dengan penularan pandemik COVID-19 saat ini, kumpulan yang juga dikenali sebagai Haneesa ini berazam meniup semangat ramai menikmati keindahan Ramadan menerusi sebuah lagu ‘mash-up’ ‘Harapan Ramadhan & Iman Mutiara’.

Berharap lagu ini dapat menghidupkan semula jiwa-jiwa yang mungkin putus harapan berpuasa seperti sedia kala,menurut ketuanya Wafa, pemilihan dua lagu itu digabungkan untuk dinyanyikan semula begitu bermakna buat mereka sendiri.

“Selepas mendapati musim COVID-19 ini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan di seluruh dunia, kami memilih lagu Harapan ramadhan untuk meniup semangat ramai.

“Lagu ini juga adalah sebuah bentuk doa agar Ramadhan kali ini disambut semua semua umat Islam dengan lebih rasa syukur dan membawa sinar yang baharu.’Iman mutiara’ dipilih untuk menambah lagi kesinambungan barakah Ramadhan.

“Tentu ramai yang boleh rasai kaitan dengan bait bait lirik yang amat menyentuh hati. Ini membuatkan Haneesa memilih lagu lagu ini untuk dinyanyikan,” katanya menerusi edaran kepada pihak media

Enggan Dibayangi Raihan 

Berbeza dengan penyanyi asal Raihan, Haneesa akui sememangnya berdepan cabaran tersendiri untuk menyuntik elemen kewanitaan dalam lagu ini.  Malah mereka mahu dikenali dengan keunikan tersendiri dan enggan dibayangi dengan cara penyampaian Raihan sebagaimana melekat di telinga pendengar sebelum ini.

“Sebagai kumpulan wanita, Haneesa jadikan penghasilan lagu ini sebagai cabaran disebabkan ia karya daripada kumpulan legenda, Raihan. Seperti biasa, apa yang kami praktikkan adalah untuk melaraskan kunci lagu daripada kunci asal agar sesuai dengan laras vokal kami. Kami turut berusaha sedaya upaya memberi penghayatan paling sempurna dan mendapatkan mood 100% seperti apa yang disampaikan penyanyi asal,” tambahnya lagi

“Haneesa memang melakukan sebaik mungkin hasilkan susunan semula lagu ini untuk diberi nafas yang baru. Sumber lain ada juga daripada saya sendiri yang berusaha cetuskan memberi pelbagai idea untuk menambah baik lagu ini,” katanya.

Sebagai info, kumpulan acapella ini terdiri daripada 8 mahasiswi Universiti Malaya yang dianggotai Wafa Amira, Waheeda Batrisyia, Nurul Amaninah, Nor Afiqah, Nur Fatin, Fatin Nasuha, Saidatul Syahirah, dan Siti Nabilah. Mula dikenali sebagai kumpulan nasyid, mereka kini terbuka mencuba muzik yang lebih versatil dan pelbagai.

YouTube video

“Harapan Ramadhan & Iman Mutiara Versi Acapella” sudah boleh dimuat-turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Bahiyya Haneesa
https://lomp.at/4e5jz
Share7Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem