Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Kdrama Terhangat, ‘The World Of The Married’ Boleh Ditonton Percuma Di IFLIX

by Phic ARMAN
April 29, 2020
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah drama siri terbaharu Korea berjudul The World Of The Married telah mencipta sejarah JTBC apabila berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran. Beberapa sumber media tempatan juga menyatakan rating drama ini semakin meningkat dan trending di laman sosial setiap kali tayangan.

Turut mencatatkan rekod tersendiri,pada episod keenam, drama siri The World of The Married berjaya mendapat purata rating yang memberangsangkan iaitu sebanyak 18.8 peratus diseluruh negara dan 21.4 peratus bagi kawasan metropolitan Seoul.

Secara tidak langsung, drama ini berjaya mengalahkan rating terbaik drama Korea popular Itaewon Class yang hanya mencatatkan 16.5 peratus di seluruh negara pada episod akhirnya. Secara keseluruhannya, The World Of The Married kini berada di tempat kedua dalam sejarah saluran JTBC dengan rating tertinggi.

Turut menarik perhatian drama ini, bukan sahaja para peminat baharu drama Korea malah penggemar drama-drama siri Melayu dan Nusantara juga. Ternyata, drama siri Korea ‘The World Of The Married’ mempunyai kualiti dan tarikan tersendiri dengan jalan cerita yang penuh emosi, sehingga dapat membuka ruang yang lebih besar untuk menarik lagi ramai peminat drama.

Selain menayangkan drama Korea yang mempunyai banyak permintaan di saluran K-flix
pada 28 April, filem Pengabdi Setan juga merupakan salah satu judul filem kegemaran
ramai yang akan ditayangkan di iflix secara PERCUMA bermula 7 Mei nanti. Setia bersama
iflix untuk menyaksikan pelbagai judul menarik yang akan ditayangkan secara percuma
setiap minggu!

iflixThe World of the Married
https://lomp.at/m43sv
Share26Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem