Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Masih Tutup! Tiada Info Sahih Pembukaan Semula Masjidil Haram

by Khai Azfar
May 1, 2020
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai satu kenyataan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang kononnya telah mengumumkan pembukaan semula Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan, berserta garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Tiada Maklumat Rasmi 

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan sehingga kini tiada maklumat mengenai pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan (Jumaat) seperti yang tular di media sosial.

Malah, Zulkifli berkata telah berhubung dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan bagi mendapatkan maklumat mengenai hal berkenaan.

“Saya telah berhubung dengan Duta Arab Saudi pada tengah hari tadi dan bertanyakan hal ini maka jawapan yang diberikan kepada saya, beliau sendiri tidak ada maklumat dan memaklumkan apa yang berlaku setakat ini berdasarkan kepada arahan terdahulu iaitu tiada pembukaan.

“Beliau turut memaklumkan di Makkah dan Madinah masih lagi lockdown dan yang dibenarkan hanya pekerja-pekerja sahaja dan mereka yang terhad termasuk imam atau yang betugas di masjid itu,” katanya dalam program temu bual eksklusif ‘Ramadan Kali Ini’ terbitan Bernama Radio, pada Khamis.

Sebagai info, Arab Saudi pada akhir Februari telah memutuskan untuk menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan ziarah Masjid Nabawi, Madinah susulan penularan wabak Covid-19.

Susulan daripada itu juga Arab Saudi memutuskan menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat pergerakan keluar masuk ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Kayuh Basikal ke Madinah Itu Kerja Bodoh?"-Amar Baharin Dikecam, Jawab Balas Guna Hadis Nabi
Masjid Nabawimasjidil haram
https://lomp.at/i1cul
Share14Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem