Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

6 Petua Agar Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadhan

by Amirul Fikry
May 2, 2020
BANGI 16 MEI 2019. Jurulatih kecergasan Tasvengers, Natasha Zainal menunjukkan senaman intensiti rendah semasa berpuasa di Tasvengers The Space, Bangi. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

BANGI 16 MEI 2019. Jurulatih kecergasan Tasvengers, Natasha Zainal menunjukkan senaman intensiti rendah semasa berpuasa di Tasvengers The Space, Bangi. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia dan penuh barakah. Bulan untuk kita mengenali apa itu erti kesabaran. Bulan yang dianggap bulan paling suci dalam kalendar Islam. Bulan ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan. Bulan untuk kita mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.

Sudah menjadi kebiasaan ketika berpuasa, kita akan mudah merasa lesu dan kurang bertenaga. Di sini, ingin kami kongsikan bersama pembaca bagaimana untuk kekal bertenaga sepanjang hari sepanjang berpuasa.

via nutrisiguru.com

1) Jangan Tidur Selepas Bersahur

Cuba untuk tidak sambung tidur selepas bersahur, ini bagi mengelakkan pembaziran tenaga yang telah dibekalkan dari makanan yang diambil semasa bersahur. Sementara menunggu ke tempat kerja, kita mungkin boleh terus bersiap dan beribadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.

via hanasuva

2) Lewatkan Waktu Bersahur Dan Jangan Makan Terlalu Cepat

Adalah lebih baik kita menyegerakan waktu berbuka dan melewatkan waktu bersahur untuk kita mendapatkan lebih tenaga di siang hari.

Mengunyah makanan dengan cepat akan mengganggu kadar gula dalam darah. Ini akan menyebabkan perut akan lebih cepat berasa lapar dan juga tubuh perlu bekerja lebih keras bagi menyerap nutrisi makanan yang diambil. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi menjadi kurang sempurna dan kita juga akan cepat merasa penat.

via MajalahSains

3) Kurangkan Makanan Bergaram

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam atau masin boleh meningkatkan rasa dahaga sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan sumber makanan bergaram dan masakan bergoreng akan mempercepatkan dehidrasidan kita akan mudah merasa haus.

via MediaVaganza

4) Makan Makanan Yang Tinggi Serat

Makanan yang tinggi serat dapat dikategorikan sebagai nutrien yang penting dalam tubuh badan. Ia berperanan untuk kesihatan dan mencegah penyakit. Makanan yang tinggi serat juga adalah baik untuk sistem penghadaman dan dapat merawat keradangan usus seperti pedih ulu hati.

Contoh makanan tinggi serat yang boleh kita ambil ketika bersahur seperti oat, bijirin dan roti gandum kerana ianya sangat membantu kita merasa kenyang sepanjang hari dan dapat meningkatkan tumpuan serta dapat mengawal emosi dengan baik.

Oat sangat baik bagi mengawal tahap kolesterol dalam badan dan ianya sangat mengenyangkan. Anda mungkin boleh cuba campurkan oat bersama kacang, kismis dan kurma, masukkan susu segar dan simpan di dalam peti sejuk semalaman dan makan sewaktu sahur.

via HelloSehat

5) Minum Air Secukupnya

Untuk kekal bertenaga dan aktif sepanjang hari adalah digalakkan untuk minum air kosong secukupnya namun jangan berlebihan kerana jika banyak air yang diminum, maka banyaklah air yang akan dibuang. ini akan menyebabkan kita akan berasa cepat haus.

Cadangan minum air yang kita boleh praktikkan ketika bulan puasa.

1 gelas selepas azan Maghrib

1 gelas selepas solat Maghrib

1 gelas selepas makan

1 gelas selepas solat Isyak

1 gelas selepas solat Tarawih

1 gelas sebelum tidur

1 gelas selepas bangun sahur

1 gelas selepas makan sahur

Kita juga boleh jadikan kopi atau teh sebagai minuman ketika bersahur. 2 jenis minuman ini akan membantu kita kurang merasa lapar dan akan membekalkan tenaga dan kandungan antioksidan yang cukup pada tubuh badan.

via detikHealth

6) Lakukan Senaman Ringan

Senaman juga penting agar tubuh badan sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari. Lakukan regangan dan senaman ringan selepas solat subuh. Dengan melakukan senaman, badan, urat dan sendi akan menjadi lebih aktif dan tidak akan merasa lemah.

Ketika di pejabat, hadkan sedikit masa untuk berehat sebentar bagi menyegarkan diri dan dapat bekerja dengan lebih sempurna.

via HarianMetro

Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk pembaca sekalian. Jadi, tiada lagi alasan untuk kita berasa lapar ketika berpuasa. setahun hanyalah sekali untuk kita merasa nikmatnya Ramadhan. Marilah kita sama-sama memanfaatkannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kekalbertenaga ramadhan makanansihat
https://lomp.at/tb9ud
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem