Di laman Twitter semalam, nama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa trending selepas penyanyi itu sekali lagi menerima ancaman bunuh dari seorang peminat yang tidak dikenali.

Gambar Lisa Disunting Atas Kubur

Akaun yang menggunakan nama @ma0be554 dan @iu_and_lisa_bitch itu tanpa berselindung menyerang Lisa dengan pelbagai cara.

Bukan saja menerusi ugutan kata-kata tetapi gambar penyanyi berasal dari Thailand itu turut disunting dengan meletakkannya di atas kubur.

“Apabila Blackpink kembali untuk beraksi di atas pentas, saya akan tembak Lisa dan anda boleh ucapkan selamat tinggal kepadanya kerana itu adalah kali terakhir anda dapat menatap wajah Lisa”

IKLAN

Mahu Pihak Pengurusan Ambil Tindakan 

Peminat Lisa dan Blackpink yang digelar sebagai BLINK menggesa agar pihak pengurusan artis itu, YG Entertainment memandang serius akan ugutan tersebut dalam memastikan keselamatan Lisa dan anggota BLACKPINK yang lain terjamin.Malah BLINK di seluruh dunia juga bersepakat untuk melindungi penyanyi kesayangan mereka itu dengan apa cara sekalipun.