Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Senarai 7 Negeri Yang Tangguh & Tidak Akan Laksana PKPB

by Khai Azfar
May 4, 2020
132
KONGSIAN
Share on Facebook

Bermula hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membenarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi setelah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Senarai 7 Negeri Yang Tangguh & Tidak Akan Laksana PKPB

Bagaimanapun usai pengumuman itu dibuat, difahamkan tidak semua negeri akan menguatkuasakan PKPB pada Isnin kerana ingin mencegah penularan jangkitan COVID-19. Sehingga kini, terdapat tujuh negeri yang telah menangguhkan dan tidak akan melaksanakan PKPB.

Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengumumkan kerajaan negeri akan meneliti syarat dan garis panduan PKPB yang diumum Kerajaan Persekutuan bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri itu.

Sarawak

Bagi Kerajaan Negeri Sarawak juga telah memutuskan untuk tidak mengikut langkah Kerajaan Persekutuan untuk membuka semula ekonomi pada Isnin.

Sehingga 2 Mei 2020

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri perlu mengambil kira keadaan negeri dahulu sebelum membuat keputusan.

Sabah

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Negeri Di Bawah Bayu itu masih mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

“Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus itu”

Selangor

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tidak semua industri akan dibenarkan beroperasi pada Isnin. Beliau akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan cara penguatkuasaan dan garis panduan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak berlaku peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Langkah bijak dipuji ramai, apabila Amirudin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) yang menyaksikan perubahan pembukaan beberapa sektor dalam negeri itu.

Negeri Sembilan

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, langkah kawalan ketat masih diperlukan memandangkan kes baharu COVID-19 terus dicatat di Negeri Sembilan.Memandangkan kes baharu COVID-19 di Negeri Sembilan masih berlaku dan untuk tujuan pengawalan, Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan beberapa syarat dan peraturan.

“Hanya sektor ekonomi dibenarkan boleh beroperasi manakala sektor sosial dan aktiviti sukan tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB,” katanya.

Pahang

Kerajaan Negeri Pahang pula akan menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada Jumaat ini.Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada PKP sekarang, masih kekal.

Kelantan

Biarpun sudah berada dalam keadaan zon hijau, Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan akan diadakan pada Khamis ini bertujuan menyesuaikan keperluan PKPB dengan rakyat di negeri tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga keputusan diambil di dalam jawatankuasa tersebut, semua ketetapan (PKP) yang dibuat sebelum ini adalah masih terpakai dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
covid-19PKPBPKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).
https://lomp.at/nkgdz
Share65Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem