Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Cara Untuk Menenangkan Fikiran Sebelum Tidur

by Amirul Fikry
May 24, 2020
114
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai di kalangan kita yang selalu mengalami gejala sukar untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Kadang-kadang dah terlelap tapi terjaga dan susah untuk tidur balik. Ada pula yang langsung tak dapat nak lelapkan mata. Apakah punca gejala ini terjadi?, adakah sebab stress, faktor keletihan,  terlalu banyak berfikir atau masalah-masalah kehidupan yang sentiasa bermain di fikiran seperti pekerjaan, kekasih, keluarga, kawan-kawan dan banyak lagi. Apa yang lebih teruk, ada yang sampai perlu mengambil pil tidur setiap hari untuk mendapatkan lena yang sempurna.

Ini adalah sesuatu yang disebut insomnia. Insomnia adalah penyakit sukar untuk tidur, kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur.

Sekiranya anda mengalami perkara seperti di atas, jangan risau kerana kami ada cara yang boleh anda cuba untuk merubah pola tidur anda. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menenangkan fikiran sebelum tidur.

  • Luangkan Masa Untuk ‘Worry Window’
via Kumparan.Com

‘Worry window’ adalah saat dimana anda dapat memikirkan masalah yang anda hadapi, bebas untuk merasa risau, mengelamun dan sebagainya. Walaupun begitu, ‘worry window’ ini mesti diberikan had masa dan dilakukan di luar waktu tidur anda.

Berikan masa sekitar 15 hingga 30 minit untuk anda melakukan ini setiap hari. Ketika anda berada di waktu untuk melakukan ‘worry window’, jangan lakukannya dengan kerja lain tetapi fokus pada masalah yang anda bimbangkan dan anda fikirkan.

Tujuan ‘worry window’ ini adalah agar kebimbangan dan keresahan yang bermain  di fikiran anda akan mempunyai ruang yang sempurna dan tidak akan lagi mengganggu anda sepanjang hari. Cara ini dianggap jauh lebih berkesan untuk menenangkan fikiran.

  • Menulis Isi Fikiran Di Atas Kertas.
via MinaNews

Jika ‘worry window’ tidak cukup untuk mengatasi kerisauan yang ada di fikiran anda, maka anda boleh cuba menggunakan kaedah ini pula. Tuliskan kesemua isi minda anda di atas kertas. Anda boleh cuba untuk menyimpan kesemua yang ditulis sebelum tidur. Kadang kala minda terus berfungsi dan berfikir secara berterusan kerana takut kita akan melupakan perkara penting ini.

Dengan menuliskannya di dalam kertas, sama seperti kita memberitahu otak bahawa anda tidak akan lupa apa yang terjadi. Ini kerana anda telah menulis segala perkara penting di atas kertas yang dapat dilihat setiap hari.

  • Bayangkan Diri Anda Di Dalam Sebuah Adegan
via Kumparan.Com

Kaedah ini adalah kaedah yang paling disyorkan agar anda mudah tertidur, iaitu membayangkan diri anda berada di bilik atau tempat yang indah yang anda idam-idamkan.

Gunakan 5 pancaindera anda untuk melihat, mendengar dan merasakan apa yang ada di tempat itu. Kaedah ini dipercayai sangat efektif untuk mengalihkan perhatian otak anda dari memikirkan perkara-perkara rumit yang mengganggu di fikiran anda.

  • Dengar Audio Atau Podcast Sebelum Tidur
via Radiohub

Lekakan fikiran dengan mendengarkan audio atau podcast juga berkesan untuk mengalihkan fikiran dari sentiasa memikirkan masalah yang mengganggu fikiran. Mendengar lagu, audio atau podcast juga dipercayai dapat menenangkan fikiran dan perkara ini secara automatik akan membuatkan anda rasa terbuai dan terus tertidur. jangan lupa untuk setkan pemasa 30 minit supaya audio atau podcast yang anda dengar dapat dimatikan secara automatik apabila anda sudah terlena.

Semoga tidur anda selepas ini akan lebih lena dan sempurna. Dapat bangun dari tidur dengan merasa bertenaga dan puas. Selamat mencuba!

Namun, anda harus mendapatkan nasihat Doktor jika masalah ini masih berterusan. Doktor akan menilai dan melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi. Penggunaan ubat yang kerap amat tidak digalakkan kerana masalah tidur akan menjadi lebih teruk kerana anda bergantung kepad ubat untuk tidur.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
caramenenangkanfikiran senangtidur
https://lomp.at/plhzn
Share56Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem