Wednesday, June 29, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Peguam Sahkan Ustaz Abu Syafiq Telah Failkan Saman Terhadap Amin Idris

by Phic Arman
May 7, 2020
Peguam Sahkan Ustaz Abu Syafiq Telah Failkan Saman Terhadap Amin Idris
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Firma guaman NHA Advocates and Solicitors hari ini mengesahkan bahawa Ustaz Abu Syafiq telah memfailkan saman di mahkamah terhadap Amin Idris dan seorang lagi individu kerana memuat naik kenyataan-kenyataan yang memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasi anak guam mereka. Saman tersebut difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan.

“Anak guam kami, Ustaz Abu Syafiq, memfailkan saman fitnah terhadap Amin Idris dan individu tersebut kerana memfitnah beliau. Ianya dilakukan oleh defendan-defendan tersebut yang telah menerbit dan menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah mengenai anak guam,” kata Nurul Hafidzah Hassan, Rakan Kongsi Utama firma guaman tersebut.

IKLAN

Saman itu bertujuan melindungi reputasi Ustaz Abu Syafiq dan supaya kedua-dua defendan bertanggungjawab terhadap kenyataan-kenyatan mereka yang salah dan berbaur fitnah, dan juga untuk membuktikan kebenaran bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak bersalah dan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh Amin Idris dan seorang lagi individu tersebut.

Sebelum mengambil keputusan untuk menyaman, Ustaz Abu Syafiq telah berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi Amin Idris dan seorang lagi individu tersebut enggan meminta maaf kepadanya walaupun telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah di atas talian.

“Ustaz Abu Syafiq telah cuba meminta agar kenyataan-kenyataan fitnah dipadamkan dan permohonan maaf dilakukan namun Amin Idris dan seorang lagi individu enggan berbuat demikian. Apa yang pasti melalui bukti-bukti yang telah diteliti, kami mendapati anak guam tidak membuat kenyataan-kenyataan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Kami juga sedang meniliti beberapa akaun lain yang membuat komen fitnah, “body shaming”, menghina dan lain-lain jenis perlakuan yang melanggar undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan.

Kami berharap masyarakat lebih celik, peka dan tahu membezakan kritikan dan pendapat berbanding fitnah. Raikan perbezaan pendapat. Salah yang bagaimanapun yang kita sangka tidak semestinya ia benar dan ia tidak memberikan lesen untuk memfitnah, memalukan dan melakukan serangan peribadi (personal attack),” tambah Nurul Hafidzah Hassan, yang merupakan seorang peguam korporat, sivil dan Syariah.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Amin Idirisamin idrisUstaz Abu Syafiq
Share16Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau
Selebriti

‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

by Mas Ayu
June 29, 2022

Nama penyanyi dan pelakon berbakat, Zarina Zainoordin menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara lakonan hebatnya dalam filem Mat Kilau....

Read more
“Ya, Saya & Alya Iman Sudah Berpisah”- Bekas Kekasih Minta Orang Ramai Henti Buat Andaian Buruk
Gossip

“Ya, Saya & Alya Iman Sudah Berpisah”- Bekas Kekasih Minta Orang Ramai Henti Buat Andaian Buruk

by Naddy Joe
June 29, 2022

Hubungan cinta pelakon dan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha iaitu Alya Iman dengan duda kepada dua orang anak, Ridhwan...

Read more
“Mana Pi Hati Perut?”- Caprice Ulas Kes Bekas Isteri SM Faisal Yang Dijel 7 Hari
Gossip

“Mana Pi Hati Perut?”- Caprice Ulas Kes Bekas Isteri SM Faisal Yang Dijel 7 Hari

by Naddy Joe
June 29, 2022

Usahawan dan rapper, Caprice tampil bersuara terhadap kes bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin Kamal iaitu Emilia Hanafi dipenjara selama...

Read more
‘Amat Mengelirukan’- Lisa Surihani Ulas Isu Kes Emilia Hanafi, Bekas Isteri SM Faizal
Selebriti

‘Amat Mengelirukan’- Lisa Surihani Ulas Isu Kes Emilia Hanafi, Bekas Isteri SM Faizal

by Hakim Faz
June 29, 2022

Baru-baru ini, Emilia Hanafi, bekas isteri kepada ahli perniagaan yang terkenal, Datuk SM Faizal SM Nasimuddin menerima hukuman penjara selama...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  2. 2

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  3. 3

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera