Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Ismail Sabri Umum Larangan Ziarah Aidilfitri

by Khai Azfar
May 8, 2020
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Petang Khamis, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan perintah kerajaan mengenai situasi perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 24 Mei ini.

Aktiviti Ziarah Menziarahi Tidak Dibenarkan 

Foto : BERNAMA 

Dalam kenyataannya menerusi sidang media, ketika ini kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti ziarah menziarahi yang ketika hari raya Aidilfitri yang sudah menjadi tradisi sejak dahuulu lagi.

Biarpun sudah membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah namun pergerakan untuk hari rayamasih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang.

“Kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.

“Tetapi tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, begitu juga aktiviti sosial dan sukan.

“Contohnya, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negatif namun sukan lain seperti badmintan dan golf dibenarkan.”Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Pertimbang Kebenaran Solat Jumaat Dan Tarawih 

Dalam perkembangan yang lain,mengenai kebenaran untuk solat Jumaat dan tarawih di surau dan masjid, setakat ini, sebarang keputusan mengenainya belum diputuskan.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya. Mungkin kita akan bincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet”

Tambahnya cadangan keputusan itu tidak akan dilaksana dalam waktu terdekat dan berkemungkinan mengambil masa sehingga satu atau dua minggu lagi.

aidilfitriAidilfitri 2020PKPB
https://lomp.at/0b8e2
Share24Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara