Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Siapa Sangka, 7 Hotel Terkenal di Malaysia Ini Sudah Tutup Kerana Krisis Covid-19

by Phic ARMAN
May 8, 2020
957
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka ketika seluruh dunia menderita akibat pandemi Covid-19, sektor perhotelan banyak terjejas. Ditambah pula dengam perintah kawalan pergerakan yang diperpanjang (MCO), dilihat banyak hotel yang memutuskan untuk menghentikan operasi.

Tinjauan oleh Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) mendedahkan bahawa 15% hotel di Malaysia mungkin ditutup untuk selamanya. Walaupun beberapa pengusaha hotel menyatakan bahawa mereka akan tutup hingga akhir tahun. Sementara itu, berikut adalah senarai hotel yang terjejas:

GTower Hotel, Kuala Lumpur

Hotel mewah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur ini telah pun ditutup pada 30 April 2020. Difahamkan 79 pekerja telah diberitahu terlebih dahulu mengikut syarat Kontrak Pekerjaan mereka dan akan dibayar gaji sewajarnya sesuai dengan Akta Buruh.

Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh

Tutup pada 30 April 2020, hotel tersergam indah di bandar Ipoh ini turut menerima impak dari pandemi Covid-19.

Tower Regency Hotel

Tower Regency Hotel merupakan salah satu hotel yang popular di Ipoh. Walaubagaimanapun mereka memutuskan operasi sejak 30 April 2020 yang lalu

Jazz Hotel, Penang

Tutup sejak 30 April yang lalu, Jazz Hotel setinggi 30 tingkat ini memulakan operasinya pada Januari lalu dan mempunyai 255 bilik dengan reka bentuk bertema jazz yang diilhamkan oleh Zaman Jazz 1920-an dan 1930-an.

Penaga Hotel, Penang

Dibina pada awal abad ke-20, bangunan ini telah dibaikpulih selepas zaman peperangan. Pada tahun 2008, bangunan ini telah diubahsuai menjadi sebuah hotel butik yang menawarkan 45 buah bilik dengan menggunakan teknik binaan tradisional dan dalam masa yang sama mengekalkan perabot-perabot asalnya. Walaubagaimanapun, hotel tidak lagi beroperasi sejak 30 April 2020.

Jerejak Island Resort, Penang

Jerejak Island Resort merupakan resort yang menjadi pilihan keluarga untuk bercuti di Pulau Pinang. Hotel ini menawarkan 72 bilik berhawa dingin. Walaubagaimanapun resort ini telah tutup sejak 30 April 2020.

Agoda Umum Kuala Lumpur Sebagai Destinasi “Micro-Travel” Paling Popular di Asia

Ramada Plaza Melaka

Tidak ketinggalan di banda bersejarah Melaka. Hotel 5 bintang dengan mempunyai 294 bilik telah memberikan notis pemberhentian 2 bulan kepada pekerjanya yang terlibat. Pada 30 April hotel ini telah menghentikan operasinya secara rasmi.

Sumber WOB via Hype

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Covid19GTower HotelHotel TutupKuala LumpurTower Regency Hotel
https://lomp.at/gv2xz
Share470Tweet203SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem