Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Mengapa Puasa Boleh Menyebabkan Nafas Berbau?

by Amirul Fikry
May 16, 2020
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Ada banyak manfaat yang kita dan keluarga dapat perolehi sepanjang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Contohnya berpuasa akan dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dan dapat menurunkan tekanan darah dengan cara yang sihat. Walaubagaimanapun, dari sisi lain, berpuasa juga berisiko menyebabkan rasa yang tidak selesa di mulut, seperti bibir menjadi kering, mulut terasa pahit dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya sebenarnya mengapakah dengan berpuasa akan  menyebabkan kepada bau mulut?

via Alodokter

Menurut kajian pakar mendapati, penyebab utama mulut mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan ketika berpuasa adalah kerana penurunan pengeluaran air liur.

3 fungsi utama air liur ialah

  1. Melindungi rongga mulut dan gigi dengan membersihkannya. Jadi aliran air liur pada rongga mulut mampu membersihkan bakteria dan juga sisa makanan yang melekat pada rongga mulut dan gigi. Sehingga air liur dianggap berfungsi sebagai agen pembersih diri.
  2. Air liur mengandungi antimikroba yang dapat menghalang pertumbuhan dan perkembangan kuman di rongga mulut. Manakala kandungan ion kalsium dan fostat dalam air liur berperanan dalam proses remineralisasi lubang mikro pada gigi. Bukan hanya itu, air liur juga berfungsi sebagai ‘buffer’ atau peneutral asid. Umumnya keasidan dalam rongga mulut akan menurun sesudah makan, tetapi air liur akan meneutralkan asid sehingga pH rongga mulut kembali menjadi neutral dan ini dapat mencegah kerosakan gigi.
  3. Air liur berperanan dalam proses pencernaan makanan bermula ketika makanan memasuki mulut, dikunyah, ditelan sehingga dicerna. Enzim dalam air liur mampu memecahkan komponen makanan untuk dicerna dan berperanan ketika proses makanan ditelan.
via Liputan6.Com

Ketika berpuasa, pengeluaran air liur akan menurun dan terjadilah peningkatan bakteria dan sisa makanan yang terlekat pada gigi. Maka, dengan sebab inilah mulut akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Ada juga penyebab lain yang boleh menjadi punca mulut berbau seperti menghisap rokok, menggunakan gigi palsu yang kotor dan jarang dibersihkan. Tidak menjaga kebersihan gigi semasa berpuasa juga boleh menyebabkan mulut berbau. Makanan juga berisiko untuk membuatkan mulut mengeluarkan aroma yang tidak menyenangkan seperti bawang, pisang atau petai.

via Viva

Nafas berbau juga boleh terjadi disebabkan oleh penyakit sistemik seperti sinus, diabetes atau beberapa penyakit tekak dan saluran pencernaan, mulut menjadi kering disebabkan oleh ubat-ubatan tertentu yang diambil.

Jadi bagi mengurangkan nafas berbau semasa menjalani ibadah puasa, kekalkan menjaga gigi dan rongga mulut dengan selalu membersihkannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kesihatan baumulut ramadhan
https://lomp.at/kya7i
Share21Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem