Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Zulin Aziz Kini Muncul Dalam Sketsa “Haa… Tepuk” di RTM

by Phic ARMAN
May 12, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 yang semakin berleluasa ketika ini di Malaysia. Namun usah bimbang, biarpun berada di rumah, sebenarnya anda masih boleh melakukan pelbagai perkara bersama keluarga.

Sketsa komedi santai “Haa… Tepuk” antara tarikan terbaharu diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada seluruh rakyat Malaysia. Hanya lima minit sahaja siarannya setiap episod, drama pendek / sketsa disiarkan ini berkisar tentang isu semasa dalam masyarakat kini.

Menampilkan Zulin Aziz sebagai ‘anchor’ rancangan ini, setiap episod menampilkan artis undangan yang berbeza termasuklah Fikry Ibrahim, Sham Visa, Issey Fazlisham, Sangheta, Fimie Don, Zaryn Minn, Joey Daud, Najua Nasir, Wan Raja, Yaya Maembong dan Caca Raja Lawak. Pelbagai watak lucu dan ragam yang menghiburkan pasti membuatkan hari anda ceria. Ia bersiaran mulai 11 Mei hingga 10 Jun depan, 13 episod sketsa ini menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu, pukul 3.55 petang di TV1, pukul 8.55 malam di TV Okey dan pukul 9.30 malam di TV2.

Tajuk yang diketengahkan dalam sketsa ini termasuklah “Milah Kantoi”, “Hantu Jobless”,”Aku Pun Boleh”, “Kurus Sihat Ke?”,”Kiah Kelawar”, “Panik Beli”, ”Mak Retis”,”Suri Senang”, “Termostat”, “Netijah Muzikal”, “Dalgoner”, “Aku Nak Dating”, dan “Acik Reporter”. Kesemuanya berkaitan dengan isu semasa yang pastinya menarik dikongsikan dengan semua penonton di luar sana.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/6wuj2
Share8Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem