Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

COVID-19: EQ Hotel Kuala Lumpur Tawar VSS

by Khai Azfar
May 13, 2020
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia benar-benar memberikan kesan ekonomi dalam pelbagai sektor termasuklah buat mereka yang berada dalam sektor hospitaliti.

Tawar VSS

Terbaru,satu khabar berita yang mengejutkan mengenai Hotel Equatorial Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai EQ Hotel yang mana telah mengumumkan tawaran skim pemberhentian kerja secara sukarela atau juga dikenali sebagai Voluntary Separation Scheme (VSS) kepada pekerja mereka yang berminat untuk memohon.

Menerusi laporan NST, pengurus besar hotel berkenaan Robert Lagerwey berkata skim tersebut membenarkan tuntutan pampasan dibuat mengikut garis panduan minimum yang ditetapkan.

“Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kesan Covid-19 terhadap perniagaan kami dan kami sangat menghargai semua pemahaman dan sokongan anda selama ini,” katanya.

Baru Dibuka Semula Penghujung 2019 

Sebagai info, hotel yang mempunyai lebih dari 400 buah bilik ini baru sahaja dibuka semula penghujung tahun lalu selepas menjalani pengubahsuaian dan penjenamaan  yang menelan belanja hampir RM 1 Bilion. Mereka yang bekerja kurang dari setahun di hotel ini sehingga 1 Mei akan mendapat faedah seperti :

  • Gaji sebulan sebagai faedah berkanun
  • Gaji 10 hari atau sebahagian daripadanya sebagai faedah berkanun
  • Gaji tujuh hari sebagai pembayaran ex-gratia
  • Bagi mereka yang dibayar bonus setengah bulan pada bulan Januari, mereka akan menerima baki bonus 50 peratus sebagai sebahagian daripada pakej ini

Manakala buat mereka yang sudah berkhidmat lebih dari setahun sehingga 1 Mei 2020 akan mendapat faedah berikut sekiranya permohonan VSS mereka diterima.

  • Gaji sebulan sebagai faedah berkanun
  • Gaji 10 hari atau sebahagian daripadanya sebagai faedah berkanun
  • Gaji empat belas hari sebagai pembayaran ex-gratia
  • Bagi mereka yang dibayar bonus setengah bulan pada bulan Januari, mereka akan menerima baki bonus 50 peratus sebagai sebahagian daripada pakej ini

Bagaimanapun dalam kenyataannya, Lagerway tidak menyatakan perancangan pihak hotel buat mereka yang membuat keputusan untuk terus kekal bersama hotel berkenaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
EQ HotelHotel Equatorial Kuala Lumpur
https://lomp.at/jaxjg
Share19Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem