Semalam tular di media sosial apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akhirnya merobohkan sebuah khemah besar yang di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam dipercayai milik syarikat tekstil terkenal Jakel.

Akhirnya Dirobohkan 

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pihak MBSA terpaksa merobohkan khemah berkenaan kerana mendirikan struktur berkenaan tanpa kebenaran. Selain itu, pihak Jakel juga dikatakan telah mempamerkan iklan perniagaan tanpa kebenaran dan turut menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara tidak sah.

Amaran Dikeluarkan Sejak 2015 

Dikhabarkan pihak MBSA telah mengeluarkan sebanyak 4 Notis Amaran Kesalahan kepada Jakel sejak tahun 2015 dan pada 2 Mac 2020, MBSA sekali lagi mengeluarkan notis memaklumkan bahawa khemah tersebut telah dibina tanpa kelulusan bertulis daripada MBSA dan meminta mereka merobohkan struktur khemah berkenaan serta merta namun gagal berbuat demikian.

Nafi Curi Bekalan Elektrik 

Dalam perkembangan lain, pihak Jakel yang diwakili oleh Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel menafikan dakwaan kononnya pihaknya mencuri bekalan elektrik. Jelasnya, premis mereka mempunyai meter yang sah dan tidak pernah terlepas membayar bil setiap bulan selain menepis dakwaan bahawa struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya.

IKLAN

Tular pada hari ini di mana pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah memuatnaik status berunsur tuduhan ke atas pihak…

Posted by Jakel on Wednesday, May 13, 2020

Mengenai isu khemah besar, dakwanya khemah tersebut bukanlah milik syarikatnya sebaliknya milik sebuah syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry