Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Sering Sakit Kepala Ketika Berpuasa! Ini Punca Dan Cara Mengatasinya

by Aphit J.
May 16, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai orang yang berpuasa di bulan Ramadhan mengaku mengalami sakit kepala yang teruk ketika berpuasa sepanjang hari. Sebenarnya, apa yang menyebabkan sakit kepala ketika berpuasa? Bagaimana cara menghilangkan sakit kepala agar puasa tetap lancar?

Berikut merupakan punca dan cara mengatasi sakit kepala ketika berpuasa mengikut halaman Hello Sehat.

Kekurangan Cecair Dalam Badan

via Mackey Family

Sekiranya anda tidak minum air secukupnya, hal ini akan menyebabkan berlakunya kekeringan atau kekurangan cecair yang menyebabkan jumlah otak mengecut dan tidak mendapat cukup oksigen. Akibatnya, lapisan otak menghantar isyarat sakit ke seluruh bahagian otak.

Cara untuk mengatasinya adalah dengan memastikan cecair dalam tubuh anda mencukupi ataupun dengan mengambil buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

Kandungan Gula (Glukosa) Menurun Secara Mendadak

via Health Page

Menurut halaman Hello Sehat, glukosa diperlukan oleh otak sebagai sumber tenaga untuk berfungsi secara normal. Jadi, apabila anda tidak makan atau minum selama berjam-jam, badan yang kekurangan glukosa tidak dapat mengepam darah ke otak. Ini menyebabkan sakit kepala, pening dan mual.

Pastikan anda mengambil kadar gula yang mencukupi untuk mengelakkan berlakunya sakit kepala. Dan perlu diingat, pengambilan yang berlebihan akan menjejaskan tahap kesihatan anda.

Tindak Balas Terhadap Pengambilan Kafein

via Trabel Wellness

Kafein yang terdapat dalam minuman juga boleh jadi sebab kepada punca berlakunya sakit kepala. Pengambilan kafein akan memberikan kesan seperti sakit kepala, kelemahan, loya, kegelisahan dan kesukaran untuk menumpukan perhatian.

Jika tidak dikawal, sakit kepala yang disebabkan oleh pengambilan kafein boleh berlarutan sehingga tiga hari keatas. Jadi kurangkan ataupun berhenti seketika pengambilan kafein pada bulan Ramadhan ini.

Perubahan Corak Tidur

via Dot Zero

Pada bulan Ramadhan, anda mungkin mengalami perubahan terhadap corak tidur dimana anda harus bangun lebih awal sebelum masuk waktu subuh. Halaman Hello Sehat menyatakan bahawa sekiranya anda kurang tidur atau jam biologi anda berubah, ini juga merupakan salah satu perkara yang menyebabkan sakit kepala.

Disarankan untuk anda tidur lebih awal untuk memastikan jumlah jam tidur anda mencukupi seperti sedia kala.

Selain daripada itu, anda boleh mencuba untuk membuat urutan ringan dibahagian wajah dan kepala sekiranya sakit ini berlarutan. Menuam bahagian sakit dengan ais batu yang dibalut dengan kain bersih dan jauhkan diri anda daripada berada diruang yang terdedah dengan cahaya matahari yang terik juga dapat membantu mengatasi masalah sakit kepala ini.

cara atasi sakit kepala ketika berpuasaelak sakit kepala ketika berpuasapunca sakit kepala ketika berpuasasakit kepala
https://lomp.at/1gsrk
Share10Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara