Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026
Kesihatan Jantung

Pakar perunding Kardiologi, Datuk Dr Rosli Mohd Ali

14
KONGSIAN
Share on Facebook

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah yang terus menjadi antara halangan utama untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung di Malaysia.

“Rakyat Malaysia kini mengalami serangan jantung pada usia yang lebih muda, iaitu sekitar 10 tahun lebih awal berbanding purata global. Keadaan ini telah berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak mungkin berubah jika rakyat Malaysia tidak mengubah sikap mereka terhadap kesihatan jantung,” katanya.

Trend ini dapat dilihat dalam data kardiovaskular kebangsaan, yang menunjukkan kira-kira satu daripada empat pesakit sindrom koronari akut berusia di bawah 50 tahun. Pada masa yang sama, penyakit jantung terus mengekalkan kedudukannya sebagai punca utama kematian di Malaysia selama hampir dua dekad.

Risiko Tersembunyi LDL-C

Salah satu sebab penyakit jantung sering berlaku tanpa disedari ialah peningkatan paras kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-C), atau lebih dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’, yang berlaku dalam senyap selama bertahun-tahun tanpa menunjukkan sebarang gejala. LDL-C menyumbang kepada pembentukan mendapan lemak, atau plak, di dalam salur darah. Lama kelamaan, plak ini boleh menyempitkan salur darah dan meningkatkan risiko mendapat serangan jantung atau strok. 

Ramai orang hanya mengaitkan masalah kolesterol tinggi dengan pemakanan tidak sihat, tetapi faktor genetik dan metabolisme kolesterol turut memainkan peranan penting dalam perkara ini. Paras LDL-C setiap individu dipengaruhi oleh jumlah kolesterol yang dihasilkan dan disingkirkan oleh badan, yang melibatkan faktor seperti metabolisme hati dan faktor genetik lain, termasuk keadaan yang diwarisi atau kecenderungan genetik dalam keluarga.

Apabila Penyakit Jantung Menyerang Orang Muda

Antara pesakit termuda yang pernah ditemui Datuk Dr Rosli ialah remaja yang baru berusia 18 tahun. Remaja itu mendapatkan rawatan selepas mengalami ketidakselesaan di dada. Siasatan lanjut menunjukkan terdapat sejarah penyakit jantung pada usia muda dalam keluarganya. Bapanya menghidap penyakit jantung pada usia 30-an dan meninggal dunia secara mengejut, bahkan beberapa adik-beradiknya turut didiagnosis mempunyai penyakit kardiovaskular pada usia muda. 

Pada masa sama, keadaan luaran seseorang tidak semestinya menggambarkan tahap kesihatannya yang sebenar. Datuk Dr Rosli pernah merawat seorang ahli sukan berusia 40 tahun yang kerap bersenam, mengekalkan berat badan yang sihat dan percaya beliau mengamalkan gaya hidup yang betul. Pengalaman itu mengingatkan kita kepada satu hakikat penting: berbadan langsing, aktif secara fizikal, atau kelihatan sihat tidak bermakna seseorang itu terlindung daripada penyakit jantung. 

Pencegahan Bermula Dengan Mengetahui Risiko Anda

Bagi masyarakat umum, asas penjagaan kesihatan jantung kekal tidak berubah: amalkan pemakanan sihat, bersenam secara berkala, capai dan kekalkan berat badan yang sihat, elakkan merokok, serta pastikan faktor-faktor risiko utama penyakit kardiovaskular dipantau secara berkala dan dikawal dengan baik. 

Jika individu yang mempunyai sejarah keluarga penyakit jantung pramatang, diabetes, hipertensi, obesiti atau sejarah merokok mungkin memerlukan saringan yang lebih awal dan lebih kerap.

Garis panduan Malaysia menyarankan saringan kolesterol bagi semua orang dewasa berumur 30 tahun ke atas, manakala mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit kardiovaskular pula disarankan untuk memulakan saringan seawal usia 18 tahun. Walaupun saranan saringan ini berbeza mengikut risiko individu, Datuk Dr Rosli berpendapat rakyat Malaysia perlu menjadi lebih proaktif dalam memahami tahap kesihatan kardiovaskular mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang risiko kardiovaskular anda, kunjungi laman mikro Unblocked Movement di https://unblockedmovement.my/ dan berbincanglah dengan pakar penjagaan kesihatan bagi mendapatkan nasihat berkaitan penilaian risiko kardiovaskular dan penjagaan kesihatan jantung jangka panjang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Datuk Dr Rosli Mohd Alildl-cpenyakit jantung
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

Anda Rasa Sihat? Mungkin Sudah Tiba Masanya Untuk Buat Pemeriksaan Kesihatan

by Phic ARMAN
June 19, 2026

Pernah tak anda rasa badan sihat, masih mampu bekerja, memandu jauh, bersukan dan melakukan rutin harian seperti biasa, lalu menganggap...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Kesihatan

Baru Makan Durian, Bacaan Tekanan Darah Cecah Tahap Bahaya? Perkongsian Individu Ini Cetus Kebimbangan Ramai

by Nix
June 24, 2026

Tular di media sosial satu perkongsian yang mencetuskan kebimbangan ramai apabila seorang individu memuat naik bacaan tekanan darah yang didakwa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara