Sebelum ini pelakon veteran Mak Wan dan Norlia Ghani memaklumkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak lulus. Kali ini aktor terkenal di era 90an, Edika Yusof pula memaklumkan hal yang sama.

Menerusi Instagram, Edika meninggalkan sebuah komen dari sebuah berita mengenai luahan Norlia Ghani tidak lulus BPN.

Edika berkata, dia tertanya-tanya mengapa di jua tidak dapat menerima BPN walaupun dia kini bekerja sepenuh masa sebagai berlakon.

IKLAN

Sebelum ini Edika pernah berkongsi kisahnya terpaksa meninggalkan dunia lakonan demi memberi seluruh tumpuan kepada isterinya Norhidayah yang lumpuh separuh badan sejak 15 tahun lalu.

Rata-rata peminat menasihati Edika supaya membuat permohonan rayuan yang boleh dibuat sama ada secara online di portal rasmi BPN, emel atau di kaunter-kaunter LHDNM berhampiran.

Pelakon berusia 53 tahun itu pernah membintangi filem box office Maria Mariana. Di zaman kegemilangannya, sering digelar aktor paling kacak kerana gaya dan ketampanannya.