Pelakon Bollywood terkenal, Hrithik Roshan sememangnya merupakan figura yang memiliki pakej yang cukup sempurna. Bukan sahaja kacak, malah Hritik juga memiliki bentuk tubuh badan yang kekar sekaligus melihatkan pelakon ini begitu berkarisma.

Rahsia Hritik Roshan Kekal Sado 

Ramai yang tertanya apakah rahsia atau rutin yang diamalkan oleh pelakon Koi Mil Gaya ini apatah lagi ketika sedang kuarantin di rumah sepanjang penularan wabak COVID-19. Mungkin ada yang beranggapan Hritik mengamalkan diet yang ketat untuk kekal sedemikian pada usia menjengah 46 tahun. Namun siapa sangka, Hritik hanya mengamalkan empat jenis makanan dan minuman ini.

IKLAN

1Minum Kadha 

Akui bahawa pola makan sangat berpengaruh pada tubuh badan, rahsia Hritik untuk kekal aktif dan sihat adalah dengan meminum minuman Kadha. Berasal dari India, miimuman ini merupakan campuran dari air halia dan juga kunyit. Mudah dan boleh dibuat sendiri di rumah, selain dipercayai mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan, minuman ini juga berfungsi sebagai detoks.

2Minum Lebih Air Putih 

Seterusnya, Hritik juga sering meminum air putih. Pada dasarnya, kita dinasihatkan untuk meminum 8 hingga 10 gelas air sehari. Namun buat pelakon yang pernah diiktiraf sebagai manusia paling kacak di dunia ini akan meminum lebih air putih lebih daripada itu terutamanya pada waktu pagi dan malam selepas bersenam.

3Pilihan Makanan Kaya Protein 

Untuk makanan, Hritik akan lebih memilih sumber yang kaya dengan protein seperti kekacang, susu dan yogurt. Biasanya, Hrithik mencampurkan ketiga-tiga bahan ini dan mengambilnya pada setiap hari. Makanan ini disebut-sebut mampu membantu perkembangan otot dan mengimbangkan kandungan gizi dalam tubuh badan.

4Gemar Sayur Dan Buah-Buahan

Terakhir, Hrithik juga memakan pelbagai buah dan sayuran untuk dijadikan sebagai salad. Dia juga akan memastikan kebersihan buah dan sayur tersebut setiap kali ingin memakannya. Menariknya, Hrithik juga menanam sayur di rumah dan lebih suka membeli sayur dan buah-buahan tempatan.