Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Alami Batuk Berdarah, Paru-Paru Roslan Salleh Dijangkiti Kuman

by Khai Azfar
May 20, 2020
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi perkongsian yang dipetik dari Astro Gempak, pelakon veteran Roslan Salleh kini hanya mampu menghabiskan masa dengan berehat di rumah.

Berlarutan Sehingga Berdarah 

Lebih menyayatkan hati, sebelum menyambut Ramadan baru-baru ini, Roslan atau juga mesra disapa sebagai Pak Lan telah alami batuk berdarah. Jelasnya, pada awalnya dia hanya mengalami batuk biasa, namun ianya telah berlarutan sehingga berdarah.

gambar : Astro Gempak

Dalam masa yang sama, pihak hospital telah mengesahkan Roslan mempunyai jangkitan pada paru-paru namun kini beransur pulih.

“Teruk juga batuk Pak Lan sebab darahnya likat dan boleh tahan banyak. Seminggu juga Pak Lan ditempatkan di hospital.

“Doktor beritahu ada jangkitan dekat paru-paru, tekanan darah pun rendah. Tapi Alhamdulillah tak teruk dan sekarang beransur pulih,” katanya.

Dedah pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu, keadaanya terkini juga tidak lagi seperti dahulu dan kadang kala terpaksa bergantung pada kerusi roda selain akuinya ianya disebabkan faktor umurnya yang kini menjengah 63 tahun.

“Berjalan tu boleh tapi dah tak kuat. Kena berpaut dan adakalanya kena sorong dengan kerusi roda, faktor usia mungkin,”

Peringatan Buat Rakan-Rakan 

Di kesempatan itu, Salleh berkata perkongsian dibuat, bukanlah mengharapkan simpati daripada orang ramai, namun ianya adalah sekadar mesej dan peringatan buat rakan-rakan seperjuangan yang masih sihat.

“Hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang masih sihat.

“Kalau kita diuji Allah dengan nikmat kesihatan yang ditarik balik, hanya harapkan doa dan sokongan moral dari kawan-kawan. Itu lebih besar nilainya.

“Saya mungkin dah tak sihat macam dulu, tapi semangat masih kuat,” katanya seperti dipetik dalam Astro Gempak

Sebagai info, Roslan mula aktif di dalam bidang lakonan sekitar tahun 1973. Mempunyai kelulusan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, antara filem-filem popular lakonan Roslan adalah KL Special Force, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan banyak lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Roslan Salleh
https://lomp.at/507xo
Share21Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem