Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan penemuan mayat pelakon siri Twilight, Gregory Tyree Boyce dan teman wanitanya di kediaman mereka di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.

Serbuk Putih Ditemui Di Tempat Kejadian 

Menurut laporan media antarabangsa,Pejabat Pemeriksa Perubatan Las Vegas mengesahkan Boyce, 30, dan teman wanitanya Natalie Adepoju, 27, ditemui mati pada 13 Mei lalu namun punca kematian belum dikenal pasti. Bagaimanapun, di tempat kejadian, mayat pasangan kekasih ini ditemui bersama serbuk putih yang belum dikenal pasti.

Sepupu Terjumpa Mayat 

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan hal itu.Dalam perkembangan lain, sepupu Boyce berkata dia terlihat kereta pelakon itu masih berada di rumahnya. Dikhabarkan, Boyce sepatutnya berada di Los Angeles pada waktu itu, dan kerana risaukan keadaan Boyce, sepupunya mencari Boyce di dalam kondominium tersebut dan terkejut apabila menemui mayatnya.

Sebagai info, Boyce memegang watak sebagai Tyler Crowley dalam Twilight, siri pertama filem tersebut dan pernah membintangi filem Apocalypse pada tahun 2018.

IKLAN