Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

‘Sold!’ Kasut Nike Yang Dipakai Michael Jordan Dijual RM 2.4 Juta

by Khai Azfar
May 20, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat mereka yang fantatik, tiada apa yang mustahil! Ini termasuklah buat penggemar siri Nike dan juga bintang sukan terkenal, Michael Jordan.

4 Kali Ganda Dari Harga Asal

Memetik sumber antarabangsa, baru-baru ini sepasang kasut Air Jordan 1 pada tahun 1985 yang pernah dipakai dalam perlawanan oleh Jordan berjaya dijual pada harga USD560,000 (~RM2.438 juta). Kasut itu dijual dalam satu acara lelong secara dalam talian oleh Sotheby New York yang mana harga tersebut 4 kali ganda lebih tinggi daripada harga jangkaan awal.

Buat yang tertanya, Kasut game worn ini merupakan saiz kaki sebenar Michael iaitu saiz 13 dengan tema warna ikonik pasukannya, Chicago Bulls. Bidaan ini telah bermula pada 9 Mei 2020 yang lalu dan sasaran awal hanya meletakkan jualan sekitar harga USD100,000 hingga USD150,000 sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Sotheby's (@sothebys)

Dokumentari Michael Jordan Kini Di Netflix

Namun, siapa sangka ianya telah dijual dengan nilai lebih tinggi yang dibeli oleh individu yang tidak dikenal pasti. Menurut pemilik asal kasut berkenaan yang juga pengasas Shoezeum, Jordan Geller, nilai kasut tersebut meningkat berkemungkinan kerana dokumentari Jordan, The Last Dance kini hangat ditayangkan di Netflix.

Dalam dokumentari 10 episod itu telah menceritakan perjalanan Jordan bersama Chicago Bulls dan sebagai rekod kini mendapat lebih dari 5 juta tontonan setiap minggu sejak ditayangkan. Sebagai rekod, sepasang kasut Converse yang dipakainya ketika Olimpik 1984 pernah terjual pada harga USD190,370 (~RM829,131).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/503qq
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem