Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Islamik

Ini Cara Mudah Untuk Tunaikan Solat Aidilfitri Di Rumah!

by Aphit J.
May 21, 2020
via The Inspirasi

via The Inspirasi

37
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam beberapa hari sahaja lagi semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selalunya pagi Hari Raya semua ahli keluarga akan ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya.

Namun pada tahun ini, umat Islam digalakkan bersolat sunat Hari Raya sama ada secara sendirian mahupun berjemaah di rumah sahaja. Ia susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang masih berlangsung dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Berikut adalah cara mudah untuk anda menunaikan solat Hari Raya di rumah menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

3 Kaedah Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

via Selangor Kini

Seperti yang dinyatakan oleh JAIS, solat Hari Raya boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Secara Bersendirian
  2. Berjemaah
  3. Berjemaah dan disertakan bersama 2 khutbah

Lafaz Niat Mengikut Solat Anda

via Pinterest

Bacalah lafaz niat solat Hari Raya mengikut situasi anda samada secara bersendirian ataupun berjemaah.

  1. Secara Bersendirian – (Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala)
  2. Secara Berjemaah (menjadi imam/makmum) – (Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai  imam / makmum kerana Allah Ta’ala)

Rakaat Pertama Disertakan 7 Kali Takbir Dan Diselangi 6 Kali Tasbih

via Muslim.sg

Untuk solat Hari Raya Aidilfitri, cara menunaikannya sama seperti menunaikan solat 5 waktu, bezanya ada penambahan 7 kali takbir yang diselangi 6 kali tasbih. Mulakan dengan takbiratul ihram dan diikuti bacaan doa iftitah. Setelah selesai doa iftitah teruskan dengan bertakbir dan diselangi oleh tasbih.

Setelah itu, teruskan membaca Al-Fatihah diikuti apa-apa surah di dalam Al-Quran dan lakukan ruku’, sujud dan naik semula untuk rakaat kedua.

Rakaat Kedua Disertakan 5 Kali Takbir Dan Diselangi 4 Kali Tasbih

via Ilmu Alam

Sama seperti rakaat pertama, mulakan dengan takbiratul qiam dan bertakbir sebanyak 5 kali yang diselangi 4 kali tasbih. Menurut JAIS, teruskan solat dengan membaca Al-Fatihah diikuti apa-apa surah di dalam Al-Quran. Setelah itu lakukan ruku’, sujud dan diakhiri dengan salam.

Rebut Pengalaman Membaca Khutbah Hari Raya

via The Inspirasi

Setelah selesai melakukan solat Hari Raya, untuk yang solat berjemaah anda digalakkan untuk membaca khutbah. Walaupun membaca khutbah hari raya adalah sunat sahaja, namun inilah peluang keemasan buat kita untuk membaca khutbah bersama ahli keluarga di rumah. Anda juga boleh dapatkan contoh teks khutbah raya di laman web JAIS.

Jadi apa lagi, rebut peluang untuk solat Hari Raya bersama keluarga pada tahun ini. Ini merupakan pengalaman yang sangat menarik untuk anda mencuba.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara solat aidilfitri di rumahcara solat hari rayakhutbah hari rayapanduan solat hari raya Aidilfitrisolat raya dirumah
https://lomp.at/rrfuz
Share21Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem