Sebanyak 13 filem bersaing mengisi slot tayangan musim cuti Aidilfitri, mulai 24 Mei ini
hingga 31 Mei depan yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kesemuanya menerusi saluran TV2.

Pilihan di tangan anda sama ada mahu menyaksikan filem tempatan, atau Inggeris
yang pernah mencatat kutipan pecah panggung. Tahun ini lebih istimewa lagi kerana penonton seisi keluarga dapat menyaksikan beberapa tambahan filem terbitan negara Asia yang lain termasuklah Indonesia, Thailand juga negara India.

Filem-filem yang disenaraikan menghiburkan anda bersama yang tersayang terutama dalam menjalani norma baharu kempen mencegah jangkitan Covid-19 iaitu :-

IKLAN

13“Suamiku Encik Perfect 10” (24 Mei, 2.00 petang)

Dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Raja Ilya, dan Syazwan Zulkifli. Filem ini mengisahkan Aleeya Azman terpaksa berlakon sebagai suami isteri dengan Zarief Daniel. Konflik mula muncul apabila tunang Zarief, Azura Hanim meminta perkahwinan mereka dipercepatkan dan Syed Muzaffar menagih kembali cinta Aleeya.

12“Adiwira ku” (24 Mei, 9.30 malam)

Dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, dan Ahmad Adnin Zidane Muslim.
Filem ini berdasarkan kisah benar, filem ini adalah mengenai kumpulan ‘Choral Speaking’
kelahiran SMK Pinang Tunggal di Kedah yang memenangi pertandingan pada tahun 2015.
Kesungguhan Cikgu Cheryl Ann Fernando dalam mengajar dan memastikan kecemerlangan
pelajarnya di sebuah kawasan pendalaman di Kedah.

11“My Spy” (25 Mei, 1.00 tengah hari)

Dibarisi pelakon seperti Datuk AC Mizal, Harun Salim Bachik dan Hannah Tan. Filem ini mengisahkan AJ dan Salleh saling membenci antara satu sama lain. Namun atas satu perkara yang tidak dapat dielakkan mereka harus bergabung bagi menyelesaikan satu ks besar melibatkan seorang datuk yang mengambil rasuah.

10“Dayang Senandong” (25 Mei, 8.30 malam)

Filem Legenda dibintangi oleh Ahmad Mahmud, Sarimah, dan Nor Azizah. Ia mengisahkan seorang puteri raja yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan. Sumpahannya terlerai setelah dia ditinggalkan di hutan akibat dihasut dan difitnah. Akhirnya takdir telah membawanya kembali hidup di istana namun pelbagai dugaan terpaksa di tempuhinya.

9“Berangkat” (26 Mei, 4.00 petang)

Dibintangi Tarra Budiman, Ayushita Nugraha, Ringgo Agus Rahman, dan Tanta Ginting.
Filem Indonesia mengisahkan Jano pelajar yang bekerja sambilan di kedai muzik Aksara. Jano ada masalah untuk bersosial yang menyebabkan dirinya menjadi mangsa buli.

8“Transformers: The Last Knight” (26 Mei, 8.30 malam)

Dibintangi pelakon Mark Wahlberg dan Anthony Hopkins. Filem sekuel kelima alsi Autobots ini kembali menyajikan pertarungan antara manusia yang bersekutu dengan pada robot, melawan kumpulan Decepticons yang ingin menghancurkan bumi.

7“Ombak Rindu” (27 Mei, 3.30 petang)

Dibarisi pelakon Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, dan Bront Palare. Filem ini mengisahkan Izzah seorang gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur. Hariz telah membeli Izzah untuk dijadikan perempuan simpanan. Izzah merayu Hariz supaya menikahinya. Hariz pula didesak oleh ibunya untuk menikahi Mila.

6“Zero” (27 Mei, 8.30 malam)

Filem dibintangi Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif ini mengisahkan Bauua Singh seorang lelaki dari Meerut yang mempunyai masalah untuk jatuh cinta. Dia kemudiannya menjalin hubungan dengan seorang saintis NASA bernama Aafia Bhinder yang mempunyai penyakit Serebrum Palsy. Bagaimanapun seorang aktres Bollywood terkenal Babita juga mula mendekatinya. Ini membuatkan ketiga-tiga mereka terjerat dalam cinta tiga segi.

IKLAN

5“Operation Mekong” (28 Mei, 8.30 malam)

File mini diilhamkan daripada kisah benar Pembunuhan Mekong, dimana dua kapal
pedagang dari China diserang hendap di Sungai Mekong salah satu tempat pembuatan dadah terbesar di dunia. Kerajaan China, Laos, Thailand dan Mynmar bergabung untuk menyiasat pembunuhan 13 anak kapal serta membongkar rahsia tenpat tersebut. Filem ini dibintangi DibinHanyu Zhang, Eddie Peng dan Baoguo Chen.

4“Haji Backpacker” (29 Jun, 3.00 petang)

Dibintangi oleh Abimana Arysatya, Laudya Cynthia Bella dan Dewi Sndra. Filem ini mengisahkan Mada telah berhijrah ke negara lain kerana berputus asa dengan ketentuan Tuhan namun pelbagai peristiwa telah terjadi menyebabkan Mada bertaubat.

3“Koki-Koki Cilik” (30 Mei, 9.30 malam)

Dibaris pelakon Morgan Oey, Ringgo Aagus Rahman dan Faras Fatik. Filem ini mengisahkan Bima, chef yang bercita-cita untuk menyertai kem memasak yang berprestij supaya
dapat membuka semula restoren bapanya. Bina Cuma seorang budak lelaki yang datang dari keluarga yang miskin.dia tidak mempercayai nasibnya apabila peluang itu tiba. Dia sangat berterima kasih kepada ibu dan jirannya.

2“Musang Berjanggut” (31 Mei, 2.00 petang)

Dilakonkan oleh Tan Sri P.Ramlee, Saadiah, dan Ahmad Nisfu. Filem ini mengisahkan Tun Nila Utama mengembara mencari isteri yang bijak dengan syarat wanita tersebut berjaya memasak menggunakan uncang dibawanya.

1“Pannaiyarum Padminium” (31 Mei, 9.30 pagi)

Dibintangi oleh  Vijay Sethupathi, V. Jayaprakash dan Tulasi. Ia mengisahkan Pannaiyar seorang tuan tanah sangat menyukai sebuah kereka Padmini yang ditinggalkan oleh kawannya. Dia mengupah Murugesan sebagai pemandu peribadinya. Kereta tersebut akhirnya menjadi kenderaan serba guna untuk penduduk kampung.