Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Eksklusif! Perjalanan Seni Dayang Nurfaizah Bakal Disiarkan

by Khai Azfar
May 22, 2020
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengalaman yang dilalui oleh penyanyi ini bukan sedikit malah sepanjang dua dekad mengabadikan diri dalam bidang muzik membuatkan Dayang Nurfaizah menjadi antara permata berharga buat industri seni.

Tampil Dengan Showcase Khas 

Sentiasa hadir dengan pelbagai produk baharu saban tahun, kini dia bakal tampil dengan SHOWCASE VIRTUAL DAYANG NURFAIZAH sempena kehadiran Syawal, bulan yang amat dinanti-nantikan seluruh umat Islam. Menariknya, konsep dan idea yang diketengahkan oleh INDIGITAL MUSIC itu disambut baik olehnya, yang tahu kebanyakan peminat setianya sentiasa menantikan aktiviti terbarunya itu.

Bakal disiarkan secara virtual menerusi saluran YouTube INDIGITAL MUSIC, showcase maya ini turut mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada stesen radio Hot FM dan Donna. Memilih beberapa buah lagu daripada album terdahulu yang diedarkan oleh INDIGITAL MUSIC, pastinya seleksi lagu itu akan mengimbau kembali kegemilangan Dayang di pentas ANUGERAH JUARA LAGU (AJL).

Rakaman Menggunakan Telefon Bimbit

Siapa sangka, hanya menggunakan telefon untuk proses rakaman, showcase virtual yang akan ditayangkan pada hari raya kedua (25 Mei 2020) itu turut mendapat sentuhan dan susun atur muzik oleh Tze Wan.

“Saya faham dengan kekangan pandemik Covid-19 dan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilalui oleh rakyat Malaysia membuatkan semua orang berjaga-jaga.

“Ramai yang memilih untuk duduk di rumah dan bertepatan dengan itu juga membuatkan saya mengadakan showcase ini agar mereka boleh saksikan dari rumah sahaja.

“Ini merupakan kali pertama saya mengadakan showcase secara virtual dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Harapnya peminat tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikannya nanti,” katanya.

Menerusi showcase selama 30 minit itu, Dayang akan menyanyikan lima buah lagu terdiri daripada Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah, Lelaki Teragung, Separuh Mati Ku Bercinta dan satu lagu hari raya. Untuk para peminat Dayang, jangan lepaskan peluang untuk tonton mini dokumentari khas buat penyanyi kesayangan ramai ini jam 4 petang pada Syawal kedua di dalam YouTube!

Error happened.
Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini
dayang nurfaizah
https://lomp.at/izuvi
Share19Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara