Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Terima Kasih Kepada IKHLAS’- Dato Fizz Fairuz

by Phic ARMAN
May 22, 2020
Share on Facebook

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ bersama Pertubuhan Khairat Anak Seni Malaysia (PERKHAS) terus menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan juga kepada 200 buah keluarga dari pelbagai komuniti di Maran, Pahang.

Sebanyak RM10,000 daripada jumlah dana sumbangan melalui kempen tersebut telah digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, laksa, tepung, cordial, gula, krimer, meehoon, telur, air minuman dari pembekal tempatan.

Dato Fizz Fairuz, Presiden Perkhas berkata,

“Pihak kami amat berterima kasih kepada IKHLAS kerana dengan adanya kerjasama ini, kita dapat terus membantu orang yang memerlukan termasuk golongan asnaf, petugas-petugas barisan hadapan, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Pihak kami berharap sumbangan berbentuk barangan asas yang telah disampaikan ini serba sedikit dapat meringankan beban kehidupan seharian mereka.”

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata,

“Kami bersyukur kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ berjalan dengan lancar dan dana yang terkumpul melalui inisiatif derma digital awam ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban komuniti yang memerlukan, terutama pada masa yang mencabar ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan PERKHAS untuk terus mengedarkan barangan keperluan asas kepada lebih ramai keluarga dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan.”

Sehingga kini, kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah berjaya mencapai sasaran kutipan dana lebih RM1 juta melalui inisiatif derma digital awam. Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari
Givewith.ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

https://lomp.at/7o9d0
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem