Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) terus mencuri perhatian ramai sejak pemergian suami tercinta yang juga pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 8 Februari lalu akibat serangan jantung.

Muatnaik Gambar Allahyarham 

Terbaru, BCL sekali lagi mencuri perhatian apabila akhirnya memuatnaik gambar arwah Ashraf di laman Instagram nya sejak pemergian Allahyarham. Dalam gambar tersebut, kelihatan Ashraf sedang bergaya dengan cat warna warni serta disertakan kapsyen dari BCL yang begitu merinduinya.

“Hey You, I miss you… Each and everyday…” tulis BCL ringkas

IKLAN

Lebih 1 Juta ‘Like’

Posting berkenaan sehingga kini yang mendapat lebih dari 1 juta tanda ‘likes’ itu turut dibanjiri dengan pelbagai komen daripada rakan-rakan mereka dan juga peminat. Terdahulu, pada hari pertama Aidilfitri BCL berkongsi beberapa foto sambutan Aidifitri bersama keluarga tersayang termasuk ibu mertuanya,Dida Sinclair. Sebagai info, BCL berkahwin dengan Allahyarham Ashraf sekitar tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry