Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Kegagalan 5 Produk Google Yang Ramai Tidak Tahu

by Aphit J.
May 31, 2020
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila perkataan Google disebut, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah carian Google. Walaupun itu adalah produk pertama dan paling berjaya, terdapat banyak produk lain yang masih gagal sehingga ke hari ini.

Menurut Android Authority, berikut adalah 5 produk Google yang tidak boleh survive sehingga ke hari ini.

Google Buzz (2010 – 2011)

via Get Google

Buzz adalah percubaan besar yang dilakukan oleh Google sebelum Google Plus. Berfungsi sebagai medium sosial, Buzz mirip Twitter, yang membolehkan pengguna menyiarkan kemas kini status, gambar, video dan pautan.

Menurut Android Authority, Google menghentikan perkhidmatan tersebut lebih dari setahun setelah dilancarkan kerana masalah privasi yang memerlukan Google untuk menyelesaikan tuntutan tuntutan $ 8.5 juta. Hal ini kerana Google telah menggunakan maklumat Gmail untuk platform sosial tanpa meminta izin pengguna.

Picasa (2002 – 2016)

via eBay

Picasa adalah salah satu aplikasi yang dibeli oleh Google menerusi Lifescape. Aplikasi ini digunakan untuk menguruskan gambar dan menyunting gambar. Pada tahun 2016, Google telah memberhentikan aplikasi ini dan memberikan fokus utamanya kepada Google Photos.

Google Spaces (2016 – 2019)

via Get Google

Spaces membolehkan pengguna membuat panggilan secara berkumpulan untuk berkongsi pautan, foto, dan video. Menariknya Spaces berkaloborasi bersama dengan YouTube, Chrome dan Search. Ini menjadikan aplikasi ini mudah untuk pengguna.

Malangnya, pada April 2019, Google telah memberhentikan aplikasi ini kerana kurang sambutan daripada pengguna.

Google Chrome Apps (2010 – 2017)

via AppsFlix

Percubaan Google untuk membuat satu aplikasi web berasaskan Chrome juga tidak berjaya. Menurut Android Authority, syarikat Google mengakui bahawa hanya satu peratus pengguna Windows, Mac, dan Linux menggunakan aplikasi Google Chrome Apps dalam masa setahun. Sekarang ini aplikasi ini digantikan dengan Progressive Web Apps.

Google Video (2005 – 2012)

via Dash Maniac

Google Video adalah platform percuma di mana pengguna dapat memuat naik klip video untuk dilihat oleh seluruh dunia. Google Video menghadapi persaingan yang hebat dari YouTube. Akhirnya Google telah menutup Google Video dan membeli YouTube.

Walaupun Google mempunyai kelebihan untuk mereka memasarkan produk mereka, tetapi dapat dilihat bahawa beberapa aplikasi mereka masih gagal untuk menarik perhatian pengguna.

Aplikasi Google yang gagalGoogle BuzzGoogle ChromeGoogle SpacesGoogle Videokegagalan Google
https://lomp.at/ufctf
Share17Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem