Pada tahun ini, Korea telah menghasilkan dua tarikan baru di Seoul untuk para pelancong. Walaupun dalam keadaan virus pandemik, ini tidak menghalang anda untuk merancang perjalanan anda ke Seoul pada masa akan datang dan 2 tempat menarik ini wajib ada dalam senarai anda.

Galleria Gwanggyo

Kedai Serbaneka Kelas Pertama Dan Terbesar Di Korea

via Arch Daily

Sekiranya anda menuju ke Taman Tasik Suwon Gwanggyo yang terletak di selatan Seoul, anda akan menjumpai gedung serbaneka Galleria di Gwanggyo yang digelar sebagai kedai serbaneka kelas pertama dan terbesar di Korea. Pandangan di bahagian luar cukup untuk membuat anda memikirkan betapa menariknya tempat ini.

Dibina Menggunakan Batu Mosaik Dan Pencahayaan Semulajadi

via Arch Daily

Sekiranya anda mengunjungi tempat ini, anda perlu meneroka semua keunikan senibina ini dan yang menariknya galeri ini dibina berasaskan cahaya semulajadi dan dikonsepkan dengan batu mosaik bertekstur bagi mewakili sifat taman yang berdekatan.

SMTOWN COEX Artium

Seni Digital Ombak 3D

IKLAN
via Undersignmag

Terletak di daerah Gangnam-gu, satu lagi tarikan seni digital yang baru ialah ‘WAVE’. Seni digital 3D ini menggunakan gelombang ombak dan memberikan kesan seolah-olah anda berada di laut.

Terletak Di Kawasan Skrin Iklan Terbesar Di Korea

via Korea News

Seni digital ini telah dihasilkan oleh sebuah syarikat reka bentuk yang berpusat di Korea yang khusus dalam kandungan visual. Sesiapa sahaja dapat melihat kemegahan artistik ini dari COEX K-Pop Square di Seoul yang juga merupakan tempat skrin iklan luar terbesar di bandar ini.

Seoul pasti mempunyai cara untuk menarik perhatian pelancong. Moga virus pandemik ini tamat dengan cepat dan membolehkan kita melancong dengan selamat.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry