Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Terkucil’ : Siti Nurhaliza & Dayang Nurfaizah Pernah Alami Situasi Sama

by Khai Azfar
June 3, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu penyanyi Nabila Razali terkucil ketika sedang membuat persembahan baru-baru ini masih hangat diperkatakan. Malah pelantun Peluang Kedua itu juga teruk dikecam oleh warganet.

Siti Pernah Salah ‘Pitching’ 

Susulan daripada itu, penyanyi nombor satu negara Dato Seri Siti Nurhaliza mendedahkan akui pernah mengalami situasi lebih kurang hampir sama dengan apa yang dilalui oleh Nabila sebelum ini. Kongsi Siti, dia pernah tersalah ‘pitching’ ketika sedang membuat persembahan dalam Anugerah Bintang Popular suatu ketika dahulu.

“Dia bukan ‘terkiok’ apa tapi pitching dia tertinggi daripada yang sebenar,”

Menjelaskan terjadinya insiden sedemikian, dia tidak menolak faktor melalui pembedahan kecil sehari sebelum itu dan turut menyertai aktiviti berbasikal pada sebelah pagi sebelum persembahan antara punca mengapa ianya terjadi.

https://twitter.com/Adeliaimann/status/1267298032183160838?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1267298032183160838&ref_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2Fnyanyian-terkucil-masa-live-3-tahun-lalu-disamakan-dengan-nabila-razali-ini-respon-dato-siti

“Dah selesai kayuh basikal dah petang, saya balik ke KL pada hari yang sama juga.

“Selesai kayuhan tu saya terus pergi ke putrajaya untuk sound check, tapi masa tu saya dah ‘ish saya boleh ke tak boleh’.

“So selepas sound check dan malam tu juga saya buat persembahan dan itulah yang terjadi,” kongsi Siti

Dayang Pernah Rasa Nyanyian Tidak Bagus

Dalam perkembangan lain, Dayang Nurfaizah menerusi perkongsian Harian Metro juga pernah alami situasi yang hampir sama. Menurut Dayang, walaupun sudah lebih dua dekad berada dalam industri seni suara, dia mengakui ada hari yang dia sendiri merasakan nyanyiannya tidak bagus.

“Saya sendiri pun ada hari yang saya rasa tidak menyanyi dengan baik. Walaupun kita pasang niat nak berikan persembahan yang terbaik tapi sudah tertulis bukan hari saya.

“Bagaimanapun saya akan pastikan nyanyian yang dirasakan tidak baik itu sebagai pembakar semangat untuk buat lebih baik dan cari cara untuk perbaikinya,” katanya.

Malah dia turut berharap peminat memberi peluang kedua kepada Nabila dan berkata, setiap penyanyi tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika membuat persembahan.

“Setiap penyanyi akan ada hari yang dia menyanyi sedap dan ada hari tidak merdu. Kita manusia mana mampu menyanyi dengan sempurna.

“Bagi saya, apa yang berlaku adalah sesuatu yang normal untuk seorang penyanyi. Kita kena faham situasi dan keadaan dia pada hari itu.

“Saya belum berkesempatan untuk lihat apa yang berlaku terhadap Nabila tapi saya harap kita janganlah terus mengatakan dia tidak boleh menyanyi atau menjatuhkan hukum,”

Terdahulu Nabila tampil membuat permohonan maaf di laman Instagram selepas insiden nyanyiannya tular menerusi lagu Peluang Kedua ‘terkucil’ ketika muncul dalam siaran langsung sebuah program baru-baru ini.

Sumbangan Secara Diam Diam Siti Nurhaliza Buat Ustaz Kazim Raih Pujian Warganet
dayang nurfaizahNabila Razali terkucilsiti nurhaliza
https://lomp.at/3wry7
Share15Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara