Sejak beberapa bulan yang lalu, negara dikejutkan dengan khabar berita mengenai beberapa buah hotel terkemuka terpaksa ditutup ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda sekaligus menjejaskan faktor ekonomi dan juga perhotelan.

Kongsi Mesej Terakhir 

Terbaru,hotel Four Points by Sheraton di Sandakan, Sabah telah menutup operasi mereka secara rasminya pada 31 Mei 2020. Malah pada hari terakhir hotel 5 bintang ini beroperasi, mereka telah membuat mesej terakhir yang bertulis ‘Thanks All’ melalui susunan lampu bilik-bilik hotel.

Hari ini adalah hari terakhir Hotel Four Points By Sheraton Sandakan beroperasi. THANKS ALL dan TAKE CARE pesanan…

Posted by Sabah Info on Sunday, May 31, 2020

Difahamkan, hotel yang telah beroperasi selama 7 tahun ini merupakan satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang di bandar itu dan menjadi tarikan kerana lokasinya yang strategik dan menjadi pilihan ramai pelancong untuk menginap sekiranya berada di Sandakan. Terdahulu, menerusi artikel Murai.my terdapat khabar berita mengenai sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur akan turut dijual.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry