Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Oh No! 333 AllStars AirAsia Terpaksa Diberhentikan

by Khai Azfar
June 5, 2020
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Hampir semua sektor terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.Ini termasuklah sektor penerbangan seperti mana yang terpaksa dilakukan oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad.

333 Kakitangan Terpaksa Diberhentikan 

Menerusi laporan Astro Awani,AirAsia bakal menamatkan perkhidmatan 333 kakitangannya termasuklah 111 kru kabin,172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi. Pengumuman itu telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat dalam sesi taklimat bersama kakitangan syarikat berkenaan pada tengah hari semalam.

Difahamkan, mereka yang terlibat dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam dan AirAsia Berhad menjanjikan pampasan kepada mereka.

AirAsia X Turut Alami Nasib Yang Sama 

Menurut Riad, situasi yang dihadapi AirAsia Berhad kini adalah amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi. Malah dia juga turut memohon maaf kepada kru AirAsia dan menegaskan, syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi.

Lebih menyedihkan, Riad pada masa sama tidak boleh memberikan jaminan tempoh syarikat itu akan kembali normal seperti sebelum ini dan langkah penamatan khidmat itu dibuat pada semua bahagian di bawah Kumpulan AirAsia.

Dalam perkembangan lain, AirAsia X (AAX) turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja melibatkan tenaga kerja Malaysia dan asing, namun jumlah sebenar tidak diumumkan di dalam sesi taklimat yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail.

Dikhbarkan ianya melibatkan tenaga kerja setiap sektor termasuk operasi, pengurusan, kru dan juruterbang. Apabila sektor antarabangsa dibuka semula, AAX akan beroperasi menggunakan sekitar 15 ke 16 pesawat berbanding 32 pesawat yang dimilik AAX pada ketika ini.

Melancong Percuma Selama Setahun Dengan AirAsia? Serius, Anda Cuma Perlu Dapatkan Minuman Ini
airasiaAllStars AirAsia
https://lomp.at/6ri3g
Share27Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem