Penyanyi rap terkenal dari Amerika Syarikat, Kanye West, telah dinobatkan sebagai pemuzik atau penyanyi berbayar termahal oleh majalah Forbes.

Berdasarkan senarai tahunan Forbes yang dikeluarkan pada hari Khamis (3/6), West menduduki tempat teratas kategori penyanyi dengan jumlah pendapatan US$ 170 juta atau setara dengan RM 610 Juta.

West menjadi selebriti dengan pendapatan kedua tertinggi setelah Kylie Jenner, yang memperoleh total UD$ 590 juta atau sekitar RM2.4 Billion.

Pendapatan West jauh dari pemuzik tempat kedua Elton John. Pemuzik senior itu memperoleh pendapatan US$ 81 juta atau setara dengan RM360 juta.

Ariana Grande mengikuti di belakang John dengan jumlah pendapatan US$ 72 juta, kemudian Jonas Brothers dengan US$ 68.5 juta, dan Chainsmokers dengan US$ 68 juta.

IKLAN

Berikut adalah senarai pemuzik lengkap dengan pendapatan tertinggi menurut majalah Forbes:

1. Kanye West (US$170 juta)
2. Elton John (US$81 juta)
3. Ariana Grande (US$72 juta)
4. Jonas Brothers (US$68.5 juta)
5. Chainsmokers (US$68 juta)
6. Ed Sheeran (US$64 juta)
7. Taylor Swift (US$63.5 juta)
8. Post Malone (US$60 juta)
9. Rolling Stones (US$59 juta)
10. Marshmello (US$56 juta)
11. Shawn Mendes (US$54.5 juta)
12. Jay-Z (US$53.5 juta)
13. Billie Eilish (US$53 juta)
14. BTS (US$50 juta)
15. Drake (US$49 juta)
16. Jennifer Lopez (US$47.5 juta)
17. Pink (US$47 juta)
18. Rihanna (US$46 juta)
19. Luke Bryan (US$45.5 juta)
20. Backstreet Boys (US$45 juta)
21. Phil Collins (US$45 juta)
22. Blake Shelton (US$43.5 juta)
23. Celine Dion (US$42 juta)
24. The Eagles (US$41 juta)
25. Metallica (US$40,5 juta)

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry