Rambut adalah mahkota impian setiap insan. Potongan rambut yang menarik bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri, malah akan menyerlahkan lagi penampilan diri jika pandai menggayakan dengan pakaian yang sesuai.

Kini trend mewarnakan rambut  juga menjadi ‘bonus’ kepada penampilan dan keyakinan seseorang. Dengan mewarnakan rambut juga dapat menyerlahkan lagi pelbagai jenis potongan rambut. Namun, kita harus bijak memilih warna rambut yang sesuai dengan penampilan diri.

Disini murai.my akan berkongsi dengan pembaca beberapa panduan untuk mewarnakan rambut anda sendiri di rumah.

IKLAN
via EH!
  • Untuk memilih kesesuaian warna rambut, lakukanlah di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang sangat baik.
  • Lakukan ujian terlebih dahulu kepada beberapa helai rambut bagi memastikan kesesuaian warna yang dipilih dan ini juga mampu menunjukkan sama ada pewarna yang digunakan akan merosakkan rambut anda atau tidak.
  • Mulakan mewarna rambut daripada bahagian atas kepala atau di bahagian belakang leher, dimana warna semulajadi rambut adalah paling gelap.
  • Pilih pewarna rambut yang sesuai dengan gaya hidup dan cara penampilan diri anda yang sesuai.
  • Elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi paraphenylenediamine (PPD), p.Aminophenol atau Lawsone kerana pewarna rambut yang mengandungi bahan ini pernah dilaporkan boleh menyebabkan keradangan kulit.
  • Perhatikan juga sekiranya terdapat kesan sampingan akibat penggunaan pewarna rambut yang digunakan seperti gatal kulit kepala, kulit kepala menjadi kering, keguguran atau kerengsaan kulit.
  • Cuba elakkan dari mewarna rambut yang lebih daripada dua ton warna.
  • Untuk mewarnakan rambut di kawasan yang beruban, gunakan warna yang lebih gelap berbanding warna yang digunakan pada bahagian yang lain.
  • Sekiranya anda hamil, pastikan anda mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mewarnakan rambut kerana kebanyakan pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang tidak sesuai digunakan untuk wanita mengandung.
  • Jangan cuba mewarnakan rambut pada rambut yang telah diinai kerana inai adalah pewarna rambut yang berasaskan bahan organik yang tidak akan bercampur dengan baik bersama pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.
  • Semasa mewarnakan rambut, pastikan anda menggunakan sarung tangan yang disediakan dan pastikan pewarna rambut tidak terkena kulit. Bilas kulit kepala sepenuhnya dengan air yang bersih selepas mewarnakan rambut.
  • Jangan berenang di kolam renang atau laut selepas mewarnakan rambut. Air laut dan klorin tidak bertindak balas dengan baik dengan rambut yang diwarnakan dan klorin juga boleh merubah warna kelihatan kehijauan.
  • Gunakan syampu yang dikhaskan untuk rambut yang diwarnakan bagi mengekalkan warna rambut dan rambut kelihatan lebih menyerlah. Terdapat berbagai jenis syampu yang direka khas untuk mengekalkan kesegaran warna rambut selama mungkin. Jika anda tidak mahu menggunakan syampu yang disarankan, sekurang-kurangnya anda harus memastikan anda menggunakan syampu yang memiliki fungsi melembutkan rambut.

Selamat mencuba!