Benarkah PUBG Mobile ada unsur syirik? Baru-baru ini sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan penyembahan berhala dalam permainan PUBG Mobile.

Dalam video yang tersebar meluas dilihat seorang pemain menyembah patung dengan tujuan mendapatkan senjata. Justeru hal ini terus mendapat perhatian dari beberapa netizen.

Telah diketahui bahawa PUBG Mobile Game baru-baru ini menambahkan mod yang disebut Jungle Adventure Mode. Dalam mod ini ada aktiviti yang disebut Invoke atau meminta patung untuk mendapatkan senjata.

Selain itu terdapat juga dua ciri tambahan lain iaitu ciri belon udara dan Jungle Fruit. Patung dalam mod ini terdiri daripada 3 item, merah, hijau dan kuning. Lokasi patung itu juga tersebar di peta dan mempunyai fungsi yang berbeza juga.

Kaedah ini kemudian dikutuk oleh sejumlah pemimpin agama di Kuwait dan Arab Saudi, menurut laporan Gulf News.

Profesor agama di Kolej Syariah Universiti Kuwait, Bassam Al Shatti, mengatakan bahawa PUBG telah menunjukkan banyak kebaikan dan keburukan dan telah melanggar kepercayaan Islam mengenai sujud dan tunduk kepada berhala.

IKLAN

“Permainan ini menjadikannya hiburan yang disukai oleh jutaan kanak-kanak dan orang dewasa bukan hanya hiburan, ia berbahaya kerana ia mengajar mereka politeisme, jadi mereka lebih suka dan menjadi ketagih,” kata Al Shatti seperti dikutip oleh Gulf News.

Kritikan dari para pemimpin agama juga membuat sebilangan pemain PUBG Mobile yang enggan memainkan mod Jungle Adventure. Beberapa pemain malah menunjukkan rasa tidak senang mereka dengan membakar totem (patung misteri) dalam permainan.

Tencent sendiri, sebagai pembangun PUBG Mobile, telah memberikan respons mereka. Syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah membuang gestur berdoa dalam ciri totem misteri.

Nasihat Ustaz Don

Di Malaysia, pendakwah bebas Ustaz Don turut mengulas tentang isu ini. Dalam sebuah video yang dimuatnaik menerusi laman Youtube. Dia menasihati pemain ‘pause’ atau berhenti seketika untuk sebelum lakukan penyembahan berhala tersebut selagi belum ada fatwa rasmi dikeluarkan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini permainan PUBG memang penuh dengan kontroversi kerana ia berkaitan dengan kes penemapakkan rambang di Christchurch, New Zealand. Pelaku disebut terinspirasi dari game tersebut, justeru PUBG dianggap mempunyai kesan buruk yang menjadikan anak-anak menjadi bawa.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN