Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Kebaikan Senaman Squat Untuk Tubuh Badan Dan Punggung Yang Lebih Menarik

by Amirul Fikry
June 20, 2020
277
KONGSIAN
Share on Facebook

Kim Kardashian, Jennifer Lopez dan beberapa lagi artis Hollywood, kebanyakan dari mereka ini memiliki kontur punggung yang bulat dan mantap. Anda tak cemburu ke? Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, masalah yang sering dialami adalah punggung menjadi besar dan lebar serta menggeleber. Amalan gaya hidup dan senaman yang betul juga amat memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan punggung yang lebih menarik yang sentiasa menjadi idaman.

via Donna

‘Squat bukan sahaja baik untuk mendapatkan punggung yang lebih menarik dan mantap namun senaman ini mampu untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Jika anda mengidamkan bentuk punggung yang sempurna dan lebih mantap, senaman ‘squat’ amat sesuai. Cuba amalkannya secara rutin setiap hari sebanyak 10 hingga 15 kali ‘squat’ untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara. Senaman ‘squat’ juga dikenali sebagai ‘king of all exercise‘. Ia hanya tertumpu pada otot besar, punggung, paha dan betis.

Antara kebaikan lain yang boleh kita dapati dari senaman ‘squat’ adalah seperti

Sistem penghadaman yang lebih lancar

Senaman ‘squat’ mampu menyingkirkan toksin dalam badan. Pergerakan otot yang terhasil sewaktu melakukan senaman ini mampu melancarkan cairan di dalam badan dan dapat memudahkan proses pembuangan dari usus.

Membentuk punggung yang lebih menarik

‘Squat’ mampu memejalkan otot-otot di sekitar punggung dan dapat membuatkan ia kelihatan lebih bulat, pejal dan menarik.

Memejalkan otot kaki 

via Cairo pulse

Sewaktu melakukan senaman ‘squat’, anda akan menggunakan keseluruhan otot kaki untuk menampung berat badan. Ini sekaligus dapat mengencangkan lagi otot-otot betis dan paha.

Menghilangkan selulit.

via Donna

Selulit biasanya terbentuk kerana kitaran darah yang tidak baik dan masalah pembendungan  air di sesetengah kawasan di tubuh badan. Otot-otot yang meregang sewaktu melakukan ‘squat’ akan membuatkan jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Apabila peredaran darah menjadi lancar, otot dan organ lain akan mendapat lebih banyak nutrien dan oksigen. Dengan cara ini, masalah selulit dapat diselesaikan.

Membetulkan postur badan.

via Haber Kibris

Jika anda mempunyai masalah postur badan yang bengkok atau membongkok, amalan senaman ‘squat’ amat baik kerana gerakan-gerakan ‘squat’ yang menuntut anda untuk berdiri tegak dan ini dapat memastikan tulang belakang sentiasa berada dalam keadaan yang lurus.

Mengurangkan berat badan

Senaman ‘squat’ dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam badan. ‘Squat’ secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan anda jika ianya diamalkan setiap hari secara rutin.

Menguatkan lutut.

Gerakan seperti membengkok dan meregangkan lutut dapat menguatkan lagi sendi lutut dan membenarkan oksigen untuk terus mengalir dengan lebih lancar di sekitar lutut.

Boleh dilakukan tanpa bebanan.

‘Squat’ tidak semestinya dilakukan dengan mengangkat beban seperti dumbbell. ‘Squat’ merupakan sejenis senaman yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa menggunakan sebarang peralatan yang melecehkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
senamansquat kesihatantubuhbadan punggungyangmenarik
https://lomp.at/jgfqu
Share138Tweet58SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem