Sebelum ini, sekitar tahun 2018 salah seorang ahli kumpulan UNIC, Najdi pernah menggemparkan industri apabila menarik diri dari kumpulan berkenaan namun membatalkan hasrat berkenaan tidak lama kemudian.

Sekali Lagi Berundur

Terbaru, Najdi atau nama sebenarnya Wan Najdi Wan Mohd Noh sekali lagi mengejutkan peminat apabila membuat keputusan sama menerusi pengumuman di laman Instagram nya.

Akui Najdi, ianya bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat. Namun, selepas memikirkan segala aspek buat sekian lama nya, dia membuat kenyataan tersebut.

IKLAN

“Tetapi ini tentang keputusan hidup saya dan kebahagiaan saya. Perkara ini bukanlah difikirkan dalam tempoh tiga bulan ini, tetapi sebelum dari itu lagi. Semoga anda terus memberikan sokongan terhadap karier saya dan juga kumpulan UNIC.

“Sudah tiba masanya saya membuat keputusan yang sudah lama bermain dalam fikiran saya, saya harap anda semua menghormati keputusan saya, saya dengan ini mengundur diri daripada menjadi ahli UNIC,”

Demi Kepentingan Keluarga 

Dedahnya lagi, keputusan tersebut dibuat demi kepentingan keluarga dan mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak.

View this post on Instagram

Permohonan maaf kerana mengambil masa anda yang banyak dan banyak menimbulkan tanda tanya yang tiada berkesudahan, hal ini kerana keputusan ini sangat sukar saya lakukan, namun life must go on. Masuk bulan 9 ini sudah 4 tahun saya bersama dengan UNIC dan banyak melakar kejayaan mahupun kenangan yg manis walaupun banyak berdepan dengan cabaran getir. Antara kenangan yang tak dapat saya lupakan Gemagegarvaganza, fenomena ainul mardhiah, Perform di new year eve klcc, performer sabyan live in kl, performer anugerah meletop era, konsert ainul mardhiah, ABPBH Finalist, dan lain lain lagi. Pandemik Covid-19 sudah tentu sangat memberi kesan kepada industri hiburan khususnya nasyid. Saya sangat merindui detik memegang microfon menghiburkan anda dengan punchline and showmanship, namun ia mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih, jadi saya terpaksa membuat keputusan demi isteri saya yang tercinta, serta tiga cahayamata saya yang indah yang banyak membahagiakan saya sepanjang tiga bulan ini. Saya yakin UNIC mempunyai peminat lama dan baru yang sangat menghargai UNIC, mungkin kehadiran saya mengguris peminat lama, namun begitu survival UNIC perlu diteruskan demi keperluan peminat baru yang sangat dahagakan muzik rohani. Dengan itu saya juga memohon maaf kepada yang terguris dengan saya secara sedar atau pun tidak. Tidak dilupakan juga seribu penghargaan @familiunic yang byk menyokong UNIC. Mungkin ada yang merasakan tindakan ini adalah mengikut perasaan dan tidak matang, namun siapalah saya nak menghalang anda dari komen tentang hidup saya. Tetapi ini tentang keputusan hidup saya dan kebahagiaan saya. Perkara ini bukanlah difikirkan dalam tempoh tiga bulan ini, tetapi sebelum dari itu lagi. Semoga anda terus memberikan sokongan terhadap Karier saya dan juga kumpulan UNIC. Sudah tiba masanya saya membuat keputusan yang sudah lama bermain dalam fikiran saya, saya harap anda semua menghormati keputusan saya, saya dengan ini mengundur diri dari menjadi ahli UNIC.. assalamualaikum…

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on

Sebagai info, Najdi menyertai UNIC pada 2016 bergandingan dengan dua lagi ahli UNIC yang kekal, Mohd. Fahkrul Radhi Khamarudin (Fakhrul) dan Bazli Hazwan Che Osman (Bazli).UNIC ditubuhkan pada 2002 dan penyanyi Fitri Haris dan Hafiz Hamidun juga merupakan bekas anggota UNIC.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry