Udang merupakan salah satu menu yang boleh dikategorikan sebagai menu wajib ada. Paling kurang, sebulan sekali pasti anda akan membeli udang untuk dijadikan bahan dalam masakan.

Menurut halaman Rasa, jika anda membersihkan udang dengan cara yang betul, hal ini  dapat mengekalkan kemanisan dan kebersihan udang itu sendiri sekaligus udang akan tahan lebih lama.

IKLAN

Mencuci Di Bawah Air Yang Mengalir

via Wani Sukarmo

Pastikan mencuci udang di bawah air yang mengalir. Anda boleh perlahankan air dan pastikan air tidak berhenti ketika mencuci udang. Tindakan ini dapat memastikan segala kotoran yang melekat di badan udang dapat mengalir bersama air yang dibasuh.

Mengunting Sesungut Sahaja

via Rasa

Menurut halaman Rasa, jika anda ingin menggoreng ataupun merebus udang bersama kepalanya, pastikan anda membuang sesungutnya sahaja tanpa membuang bahagian kepala udang. Ini kerana kepala udang juga dapat mengeluarkan rasa di dalam masakan anda.

Jangan Lupa Bahagian Najis Di Belakang Udang

via YouTube

Jika dilihat dengan teliti, untuk udang yang bersaiz sederhana ataupun besar, terdapat satu garisan lurus berwarna hitam di bahagian belakang badan udang. Ini adalah bahagian najis udang. Jadi pastikan anda membuang bahagian ini ketika membersih udang.

Lumur Menggunakan Limau Nipis Dan Garam

via Dining Solution

Sebagai tambahan untuk membersihkan udang, lumur udang bersama limau nipis dan juga garam. Ini dapat menghilangkan bau hanyir udang. Setelah siap dilumur, basuh semula dan toskan udang untuk membuang lebihan air.

Jadi untuk anda yang baru berjinak dalam memasak udang, anda boleh gunakan cara ini untuk membersihkan udang anda. Tapi perlu diingat, jangan sampai isi udang habis hancur dek kerana mencucinya secara berlebihan.