Apabila bercerita tentang barang kemas semestinya emas menjadi pilihan kegemaran kaum Hawa. Setiap reka bentuk terperinci memainkan peranan bila ingin mengenakan dengan busana yang diingini. Semestinya setiap kaum Hawa ingin menonjol bila tiba
masanya hari atau majlis khas.
Antara koleksi barang kemas yang menjadi pilihan kaum Hawa ialah koleksi Oro Italia 916 dari Habib yang menggunakan teknologi terkini dari Itali.
Koleksi yang digemari ramai ini menjadi buah mulut orang ramai sewaktu mereka melihat artis kegemaran tanah air mereka, Rozita Che Wan memperagakan rantai, gelang dan cincin Oro Italia 916 dengan penuh gah dan anggun.
Koleksi ini amat sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis busana yang dapat memberi aura klasik mahupun moden bergantung kepada si pemakainya.
“Koleksi Oro Italia 916 telah lama menjadi pilihan saya kerana rekaannya yang moden tapi masih mempunyai sentuhan klasik dan paling penting ianya ekslusif kerana hanya dijual di Habib. Antara keunikan lain koleksi ini ialah ianya tidak akan merosakkan baju kerana pembuatannya yang halus dan kemas tidak akan melekat dibaju dan seterusnya membuatkan baju tertarik.” kata Rozita Che Wan yang juga merupakan duta Rantaian Kasih 2020.
Koleksi Oro Italia 916 yang dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ datang dalam rekaan yang berbeza. Rekaan-rekaan dari koleksi ini menggabungkan pelbagai warna emas dalam satu rekaan seperti gabungan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hitam.
Rekaan koleksi ini juga menggunakan potongan berlian yang memberikan ilusi seperti kilauan berlian walaupun hanyalah menggunakan emas sepenuhnya. Selain itu, rekaan Cleopatra, beads planet dan bon bon menjadi tumpuan ramai apabila bercerita tentang Oro Italia.
Antara tips-tips pemakaian emas yang dicadangkan oleh Rozita Che Wan:
1. Rantai labuh sangat sesuai untuk mereka yang memakai hijab
2. Cincin yang kecil boleh ditindihkan bersama cincin lain untuk tampakkan gaya
3. Gelang turut boleh ditindihkan bersama gelang lain mengikut kesesuaian warna
4. Anting-anting candelier sesuai untuk mereka yang berhijab
5. Cincin yang mempunyai reka bentuk yang besar sesuai dipakai di jari tengah
Tidak sukar untuk berhias seperti Rozita Che Wan terutamanya untuk kegunaan majlis-majlis khas dan istimewa. Tambahan pula, potongan harga RM 10 untuk segram emas dan setiap pembelian bernilai RM 8,000 ke atas dalam satu resit akan mendapat jam tangan Ice Watch Ice Steel.
Oleh itu, para pelanggan jangan terlepas peluang untuk menikmati Promosi Syawal yang berlangsung dari sekarang sehingga 22 Jun 2020 di seluruh bilik pameran Habib di seluruh Malaysia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.