Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Telefon Bimbit

by Jash Lee
June 20, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Anda mesti merasa dilema jika bercadang untuk membeli handphone yang baru bukan?  Terutamanya bagi mereka yang tidak terlalu menggemari dunia teknologi. Sekiranya salah membeli telefon pintar dan tidak seperti yang diharapkan, kita pasti akan kecewa dan merasa menyesal.

Telefon pintar adalah peranti teknologi yang dekat dengan kehidupan seharian kita. Bermula dari gaming, mencari hiburan hingga bekerja. Amat penting bagi pengguna untuk memahami peranti yang akan dibeli dan mengambil kira sama ada peranti itu sesuai untuk dirinya sendiri atau sebaliknya. Masalahnya, industri telefon pintar ketika ini dipenuhi dengan pelbagai peranti dan kadangkala membingungkan bakal pengguna yang ingin membeli telefon bimbit yang baru.

Jadi, bagaimana anda mencari telefon bimbit baru yang sesuai untuk anda? Tanpa lebih panjang lebar lagi, berikut adalah beberapa petua dari kami untuk membeli telefon bimbit baru yang sesuai untuk anda.

Cari Harga Yang Sesuai Dengan Bajet

via MStar

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar yang baru adalah dengan menentukan dana atau bajet yang anda ada. Bajet andalah yang bakal menentukan jenis spesifikasi telefon mudah alih yang bakal anda perolehi. Secara amnya, semakin tinggi harga telefon bimbit, maka semakin baiklah spesifikasi yang ditawarkan.

Namun, ada baiknya jika anda menyediakan bajet berdasarkan kadar harga yang terdapat dalam industri telefon pintar. Biasanya, kadar harga telefon bimbit terdiri daripada 5 kelompok harga iaitu ultra low-end (RM300-1000), low-end (RM1K-2K), mid range (RM2K-4K), mid to high-end (RM4K-6K), dan flagship (RM6K-12K).

Jika anda mempunyai bajet yang besar, anda mungkin tidak ada masalah untuk memiliki peranti di kelompok flagship. namun, jika bajet anda adalah di peringkat pertengahan atau sederhana, anda masih boleh mendapatkan telefon dengan harga yang lebih murah yang ditetapkan. Gunakan bajet yang ada dengan bijak supaya anda merasa tidak terbeban. Namun, anda masih dapat membandingkan harga telefon pintar dengan harga yang sedikit murah atau lebih mahal.

Ada juga beberapa kes, telefon bimbit dengan harga yang lebih murah lagi menarik dari harga yang lebih mahal. Anda juga dapat membandingkan spesifikasi yang ditawarkan. Dalam hal ini, apakah harga yang lebih tinggi sepadan dengan peningkatan teknologi yang ditawarkan.

Perhatikan Tujuan Kegunaan

via ProductNation

Setelah anda menentukan perbandingan harga dan telefon pintar, penting juga untuk anda memahami apa yang anda mahukan dan tujuan utama untuk memiliki telefon bimbit yang baru.

Bagi yang gemar bergambar dan berswafoto, anda perlu melihat dengan teliti mengenai spesifikasi kamera bahagian depan dan belakang untuk memastikan kualiti gambar yang dihasilkan menepati citarasa anda. Bagi tujuan gaming pula, anda perlu melihat dari segi pemprosesan, ram dan storage. Pastikan telefon pintar yang dibeli adalah berbaloi untuk anda menggunakannya.

Original Atau Authorized Product (AP) Set

via I’m Not Alone

Kebanyakan kedai menjual set peranti yang original atau set AP. Telefon bimbit yang original adalah telefon yang dikeluarkan terus dari kilang pengeluar sebenar dan diimport oleh pengedar yang sah. AP set pula mungkin didapati bukan dari pengilang sebenar dan diimport oleh pengedar yang tidak sah. Namun kualiti untuk model AP set biasanya sama seperti original dan yang membezakannya adalah dari segi warranty sahaja. Harga AP set juga lebih murah dari harga set yang original.

Model Lama Atau Baru

via Cikgu Siber

Periksa juga tempoh berapa lama telefon bimbit berkenaan sudah berada di pasaran. Perkara ini amat penting kerana pengeluar telefon bimbit pada umumnya akan menyokong kemaskini perisian sesebuah peranti itu selama 2 hingga 3 tahun sahaja. Jika peranti yang anda inginkan sudah berada di pasaran dalam tempoh tersebut, adalah lebih baik jika anda memilih model yang lebih baru dan mempunyai spesifikasi yang sama atau hampir sama.

Masa Mengecas Yang Lebih Cepat

via AJ Network

Peranti dengan pengecasan pantas adalah sangat penting kerana ia dapat memberi kelebihan penggunaan kepada pengguna. Peranti yang menyokong pengecasan pantas juga boleh digunakan tanpa perlu risau dan dapat bertahan lebih lama.

Tempoh masa mengecas adalah berbeza dan mengikut kuantiti kuasa bagi setiap peranti. Semakin tinggi kuantiti kuasa, semakin singkat masa yang diperlukan untuk melengkapkan cas sehingga penuh. Pastikan juga kabel peranti yang digunakan adalah original untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kuasa Kamera yang Setanding Peranti Flagship

via SoyaCincau.com

Kamera adalah salah satu bahagian yang paling penting dan mahal bagi sesebuah telefon bimbit. Lebih elok jika anda dapat mencuba terlebih dahulu spesifikasi kamera pada peranti yang anda ingin beli. Ambil kira tentang kualiti gambar yang terhasil adalah lebih jelas dan sangat baik. Dapat menangkap keseluruhan objek dalam jarak yang dekat tetapi paparan ia jauh dari jarak yang sebenar. Penghasilan kejelasan gambar yang menarik pada waktu malam tanpa bantuan cahaya. Semua objek dapat dilihat dengan sempurna.

Android Atau IOS

via Liputan6.Com

Android atau IOS adalah satu platform yang berbeza. Android adalah peranti yang boleh dikongsi oleh pelbagai jenama telefon pintar yang lain. Manakala IOS hanya digunakan oleh Apple sahaja. Terserah kepada anda sendiri untuk memilih kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Lihat Ulasan Pengguna

via Pricebook

Yang terakhir sekali, setelah anda ambil tahu tujuan kegunaan serta spesifikasi dan sudah memilih peranti yang anda mahukan, anda juga jangan lupa untuk memerhatikan ulasan-ulasan atau pengalaman orang lain yang telah menggunakan peranti tersebut.

Kebiasaannya, spesifikasi yang tertulis di atas kertas tidak menggambarkan pengalaman pengguna. Dalam beberapa kes, misalnya kamera 48MP dari dua telefon pintar yang berbeza mempunyai kualiti yang berbeza juga antara satu sama lain.

Ulasan dari pengguna telefon bimbit sendiri biasanya akan menyampaikan kesan mereka menggunakan telefon bimbit yang telah dicuba. Mereka juga akan menunjukkan kualiti gambar yang terhasil, prestasi semasa bermain game, membuka aplikasi lain, jangka hayat bateri sehingga anda juga dapat mengetahui kemampuan telefon bimbit sesuai atau tidak sebelum anda membelinya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan dapat menjadi rujukan sebelum anda membeli telefon bimbit yang baru. Harus ingat, jangan beli hanya untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya beli mengikut kemampuan dan kegunaan yang diperlukan.

telefonbaru spesifikasi tips smartphone ios
https://lomp.at/qqkqk
Share13Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara