Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Tinggalkan ‘Dunia Radio’, Adam Izzy Kini Bergelar Penyanyi!

by Khai Azfar
June 16, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, suaranya sering kali kedengaran di corong radio saluran Hitz FM. Kini, Adam Izzy atau lebih mesra disapa sebagai Adam mengorak langkah sebagai seorang penyanyi.

Kumpul Pengalaman

Tidak membuat keputusan yang terburu-buru, dia terlebih dahulu mengumpul pengalaman mendalami industri serta pengetahuan dalam bidang muzik sebagai bekalan sebelum membuat keputusan bergelar penyanyi. Menyedari persaingan yang perlu dihadapi, dia mengambil langkah termasuk mengumpul duit dan membeli kelengkapan berkiatan penerbitan muzik bagi memastikan dirinya faham secara menyeluruh berkaitan bidang yang diceburi.

“Saya kumpul duit sedikit demi sedikit dan beli peralatan berkaitan serta belajar mengenai muzik supaya saya lebih faham.

“Saya juga belajar di YouTube dan banyak bertanya kepada rakan dan orang berpengalaman mengenai bidang ini,” katanya

Diterima Baik Peminat

Bagi bakat baharu berusia 27 tahun ini, penerimaan baik single Bahasa Inggeris nya tahun lalu memberikan semangat untuk muncul dengan karya terbaru Tak Bersalah yang dilancarkan Jumaat lalu.

Dalam masa yang sama bekas penyampai radio ini mengharapkan agar single terbaharu ciptaan Omar K bersama Ikhwan Fatanna dan dirinya sendiri diterima baik oleh peminat industri muzik tempatan.

“Saya berharap Tak Bersalah yang mempunyai sentuhan Pop RnB ini sesuai dengan halwa telinga semua. Dalam lagu ini pelbagai emosi dikongsi.

” Lagu ini juga menceritakan seorang lelaki yang mempertahankan dirinya dan yakin kebenaran akan terbukti akibat salah faham,”

Selesa Menyanyi Lagu Melayu

Boleh dianggap sebagai seorang yang verstail, Adam yang juga mahir bermain piano berkata, dia selesa menyanyikan lagu Bahasa Melayu kerana memang mempunyai kawan serta peminat yang menyokong kerjaya muziknya.

“Bila saya keluar dengan single Bahasa Inggeris tahun lalu berjudul Dying Inside, memang ada yang cadangkan saya nyanyikan lagu Melayu.

” Setelah berbincang dengan pengurusan dan rezeki dapat bekerjasama dengan komposer hebat seperti Omar membuatkan saya bersemangat,” katanya.

Sebagai info,Adam bermula di pentas komersial menerusi iklan beberapa jenama ternama sejak kecil sehingga dewasa. Malah dia juga diberi kepercayaan mengendalikan beberapa acara antarabangsa sebagai pengacara serta kempen yang dijalankan.

YouTube video

Berkenaan persaingan dengan ramai bakat baharu sedia ada, Adam berkata dirinya hadir dengan bakat yang ada untuk dikongsi dengan peminat industri muzik tempatan.

“Saya mahu memeriahkan industri dan pada masa yang sama menjual bakat saya. Saya percaya ada yang akan menyokong usaha ini.

” Masing-masing pasti ada citarasa muzik dan saya kongsikan apa yang saya ada untuk anda semua,” katanya.

Malah, Adam juga rajin membuat ‘cover’ lagu-lagu popular di laman YouTube miliknya dan pernah mendapat pujian dari penyanyi tersohor seperti Faizal Tahir. Lagu Tak Bersalah yang mempunyai lirik dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris ini boleh didengari di semua platform digital dan muzik video ditonton di YouTube Adam Izzy.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Adam Izzy
https://lomp.at/jjllb
Share8Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem