Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Poster Menu Pizza Hut Nasi Lemak Ini Memang Win!

by Khai Azfar
June 16, 2020
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Kegemaran rakyat Malaysia adalah Nasi Lemak! Budaya yang unik di Malaysia ini telah menginspirasikan penciptaan Piza Nasi Lemak dan slogan kempennya “Rasa Campur, Lagi Bes Bersama”, selaku penghormatan khas kepada kepelbagaian budaya kita yang kaya dan rakyat yang hidup bersatu-padu.

Gabung Ikon Pesaing 

Menariknya mengenai poster promosi menu terbaharu ini, Pizza Hut telah menggabungkan beberapa ikon restoran makanan segera di Malaysia yang turut sama pernah mempromosikan menu Nasi Lemak mereka tersendiri.

Biarpun masing-masing bersaing, namun menu Nasi Lemak ini berjaya menyatukan semua sekaligus melambangkan sebuah kesatuan. Sebagai contoh; McD dengan ciptaan “Burger Nasi Lemak” mereka dan Marrybrown pula dengan “Ais Krim Nasi Lemak”, serta banyak lagi.

Penggemar Nasi Lemak Wajib Cuba!

Kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos bagi meraikan perpaduan kebudayaan rakyat Malaysia yang telah lama menjadi kebanggaan negara.

Dicipta oleh bahagian Teknologi Inovasi Makanan Pizza Hut Malaysia, piza Nasi Lemak ini merupakan gabungan piza kegemaran semua dipadankan dengan topping ayam rangup dan sambal enak serta elemen-elemen ‘perlu-ada’ dalam hidangan Nasi Lemak seperti ikan bilis, kacang tanah dan timun. Piza ini terus menguja selera dengan poket keemasan dipenuhi dengan ayam perap santan dan limpahan keju. Piza ini semestinya harus dicuba oleh semua penggemar Nasi Lemak!

Untuk yang ingin mendapatkannya, anda boleh menikmati piza Nasi Lemak Pizza secara ala carte pada harga RM38.90 dan juga melalui pelbagai hidangan kombo pada harga bermula dari RM40.90. Turut diperkenalkan untuk melengkapkan hidangan piza baru ini adalah minuman Soda Bandung yang merupakan olahan Sirap Bandung klasik dengan rasa soda.

Sebagai info, Pizza Hut telah membuka servis makan-di-restorannya bermula 1 Jun
lalu, menjanjikan pelanggan dengan pengalaman makan-di-restoran tanpa rasa ragu-ragu
atau bimbang.  Promosi piza Nasi Lemak boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bermula dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2020 untuk khidmat makan-di-restoran, penghantaran dan juga bawa pulang sementara stok masih ada.  Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari
www.pizzahut.com.my

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Piza Nasi Lemakpizza hut
https://lomp.at/gzt1v
Share15Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem