Ketika COVID-19 menyerang seluruh dunia termasuk di Malaysia, banyak istilah-istilah yang baru kita dengar. Sejak bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) oleh kerajaan pada 18 Mac 2020, istilah-istilah ini sering dipakai dalam perbincangan tentang Covid-19. Sosial media, di dada akhbar mahupun di TV, istilah-istilah ini digunakan sebagai topik utama.

Sebilangan orang menganggap ia adalah perkataan baharu dalam perbendaharaan kata kita. Jom kita semak, senarai istilah yang menjadi sebutan ramai rakyat malaysia ketika wabak Covid-19 menyerang dunia.

10Movement Control Order (MCO) – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Via Says

Movement Control Order (MCO) atau (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara istilah paling popular dikalangan rakyat Malaysia. Ia dilaksanakan bermula 18 Mac dan menyusul PKPB (Bersyarat), PKPD (Diperketatkan) dan terakhir PKPP (Pemulihan) sehingga 31 Ogos 2020. Ia bertujuan untuk mengawal dan akhirnya menghentikan penularan COVID-19. PKP diisytiharkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

9Frontliner (Barisan Hadapan)

Via TV Sarawak.com

Istilah ini merujuk kepada pejuang barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19. Ia terdiri daripada Doktor, Jururawat, Anggota Polis, Tentera, Penghantar  makanan dan sebagainya. Istilah ini pernah menjadi popular dan trending di twitter.  Malah sehingga hari ini, rakyat Malaysia tak henti-henti memberi ucapan penghargaan kepada mereka.

8Cluster (Kluster)

Hampir setiap hari ia disebut oleh Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham ketika sidang media. Istilah ini merujuk kepada kejadian apabila berlakunya banyak kes jangkitan di sesuatu kawasan atau daripada sesuatu kumpulan.

Kluster paling popular di Malaysia adalah Kluster Kayangan, kerana sikap mereka yang mahu dilayan istimewa seperti VIP.

IKLAN

7Social Distancing (Penjarakkan Sosial)

Via Utusan Borneo

Walaupun istilah ini sudah lama diperkenalkan, namun ia menjadi sangat penting pada waktu ini. Istilah ini merujuk kepada amalan perbuatan jarak fizikal antara manusia bagi mengelak jangkitan virus, melebihi satu meter, malah hingga dua meter di sesetengah negara.

6New Normal ( Kebiasaan/kelaziman baharu)

Istilah ini menjadi popular selepas dinasihati oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam ucapannya. Ia bermaksud amalan yang sebelum ini bukan amalan biasa akan menjadi kelaziman atau amalan biasa. Contohnya, membasuh tangan, penjarakkan sosial dan tidak keluar rumah jika tiada kepentingan.

5Close contacts (kontak rapat)

Salah satu istilah yang membawa kepada perasaan takut atau bimbang. Individu yang berada dalam jarak satu meter daripada orang dijangkiti yang bersin atau batuk berisiko untuk dijangkiti. Mereka dirujuk sebagai close contacts (kontak rapat) atas faktor kedekatan mereka dengan orang yang dijangkiti untuk tempoh waktu tertentu.

4Quarantine (kuarantin)

Via Bernama

Sejak munculnya wabak ini, istilah kuarantin menjadi popular. Kuarantin wajib dilakukan oleh individu yang disyaki dijangkiti. Ia memisahkan dan menyekat pergerakan orang ramai daripada terdedah kepada penyakit itu untuk melihat sama ada mereka sakit.

Di Malaysia terdapat banyak pusat kuarantin disediakan, antaranya di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

3Moratorium

Bank Negara Malaysia (BNM)

Istilah ini terus trending, sejak kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada bulan Mac yang lalu. Kemudian istilah Moratorium trending buat kali kedua kerana orang ramai mula keliru dengan pelaksanaannya. Malah ada yang mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) membuat satu tindakan ‘u-turn’. Kata kunci u-turn dan BNM antara yang tular di media sosial.

2Swab Test – Ujian Saringan

Sesiapa sahaja akan takut dengan istilah ini, lagi-lagi yang mempunyai gejala-gejala dijangkiti Covid-19. Swab test atau Ujian saringan COVID-19, bukannya boleh sesuka hati terus ke hospital. Anda mungkin diarahkan ke tempat khas untuk menjalankan ujian, bagi memastikan anda diasingkan daripada petugas dan pesakit lain yang mungkin tidak mempunyai PPE untuk mengendalikan kes anda. Mungkin anda diarahkan masuk melalui pintu lain, atau ke kanopi yang didirikan di luar bangunan.

IKLAN

1My Sejahtera

Ia merupakan sebuah aplikasi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Aplikasi ini mnyediakan maklumat kepada pengguna penjejakan kawasan panas dan ia telah digunakan sebanyak 13.3 juta kali sejak pelancaran aplikasi itu pada 20 April lalu.

Hampir 3.7 juta rakyat Malaysia direkodkan mendaftar dan menggunakan aplikasi MySejahtera dalam tempoh lapan minggu ia beroperasi. Ia terus mendapat sambutan yang hangat selepas kerajaan mengumumkan pemberian atau kredit e-dompet (e-wallet) berjumlah RM50 jika memuat turun atau download aplikasi MySejahtera.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry